Tuesday 25 January 2011

Silat Cekak: Penggerak Awal PSSCM Kelas Latihan Putrajaya 2011 @ Presint 9


Selasa 25 Januari 2011...Putrajaya:  Hari ini Kelas Latihan PSSCM Putrajaya secara rasmi ditubuhkan  hasil kerjasama antara Persatuan Kebajikan Penduduk (PERKEP) Blok 4D, Presint 9 Putrajaya dengan PSSCM. 


Pada hakikatnya kelas PSSCM bertapak di Putrajaya sejak awal tahun 2010 lagi apabila Kelab Sukan dan Rekreasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Presint 2 ketika itu membenarkan aktiviti Silat Cekak Malaysia bergerak di Bilik Gymnasium kementerian tersebut bagi mengajar pegawai-pegawai penguatkuasa di kementerian terbabit. 


Di dalam bangunan KPDNKK inilah PSSCM Putrajaya mula bertapak di Putrajaya

Walaubagaimana pun kelas tersebut tidak dapat diteruskan apabila ramai pelatih terpaksa menjalankan kerja-kerja rasmi jabatan di luar. Namun begitu apabila kelas PSSCM dibuka di Blok 4D Presint 9 pada awal 2011, mereka telah beralih dan berlatih di tempat baharu tersebut.  

Pada 9 Februari 2011 seramai 18 orang penuntut pertama dari kalangan warga Putrajaya mempelajari silat ini. Majlis diadakan dengan kehadiran YMDGU sendiri di Putrajaya. Pembukaan kelas PSSCM di Putrajaya ini telah mencipta sejarah tersendiri apabila ia mula dikenali oleh masyarakat Putrajaya yang rata-ratanya terdiri dari para Penjawat Awam di pelbagai agensi kerajaan. 

Kelas PSSCM Putrajaya Presint 9 kini bergerak di bawah Biro Sukan dan Rekreasi, Persatuan Kebajikan Penduduk (PERKEP) Blok 4D Presint 9.  



Kini PSSCM dan komuniti berpisah tiada...Selamat berbakti bersama komuniti Putrajaya. 

Skuad demonstrasi di zaman-zaman awal penubuhan PSSCM Putrajaya.

Antara penuntut dan jawatankuasa pendiri awal PSSCM Putrajaya.




Disediakan oleh;

Unit Penerangan PSSCM Putrajaya @2011