Monday, 5 February 2018

Lawatan Kerja PESAKA Putrajaya ke Medan, Sumatera Indonesia


Jumaat 2 Februari 2018...Medan, Indonesia: Wakil PSSCM Putrajaya turut bersama-sama dengan para anggota dan jawatankuasa tertinggi badan pendiri Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Cawangan Putrajaya telah diberi penghormataan untuk mengikuti rombongan lawatan sambil belajar yang dipimpin oleh Presiden PESAKA Putrajaya; Dato' Seri Khairuddin Samad.

Selain wakil PSSCM, wakil dari PSSGM, PSGFM, PSSLM dan PSSSMM turut mengikuti program ini.




Antara pengisian program adalah lawatan ke Panti Asuhan Mamiyai di Jalan Bromo Medan bagi menyerahkan bantuan untuk anak-anak yatim piatu di pusat jagaan tersebut selain lawatan ke tempat-tempat bersejarah sekitar Medan. 

Lawatan selama 3 hari ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan angota pendiri selain dapat merapatkan hubungan di antara PESAKA dan PERSILAT Medan, Indonesia. 

Para rombongan Malaysia turut disajikan dengan pertunjukkan pencak silat oleh para pesilat dari Medan.












Disediakan oleh;

Unit Media PSSCM Putrajaya @ 2018 

No comments:

Post a Comment