Sabtu, 14 Oktober 2017. Tim PSSCM Putrajaya telah menghadiri Wacana Seni Silat Melayu anjuran bersama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan PSSCM yang dirasmikan oleh TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni; Prof. Dato' Noor Aziah Mohd Awal.
Prof. Dato' Noor Aziah di dalam ucaptamanya telah memuji pendekatan PSSCM yang telah membawa satu perubahan ke alam dunia persilatan Melayu dengan mengetengahkan nilai-nilai ilmiah yang digabungkan dengan budaya persilatan. Ini merupakan satu perubahan yang akan mengangkat martabat bangsa dan negara.
Menurut beliau lagi, pendekatan ini juga satu usaha yang dapat mengharumkan nama UKM apabila universiti ini akan menjadi rujukan kepada para penyelidik dari dalam dan luar negara yang ingin membuat kajian berkaitan ilmu-ilmu silat Melayu.
Prof. Dato' Noor Aziah di dalam ucaptamanya telah memuji pendekatan PSSCM yang telah membawa satu perubahan ke alam dunia persilatan Melayu dengan mengetengahkan nilai-nilai ilmiah yang digabungkan dengan budaya persilatan. Ini merupakan satu perubahan yang akan mengangkat martabat bangsa dan negara.
Menurut beliau lagi, pendekatan ini juga satu usaha yang dapat mengharumkan nama UKM apabila universiti ini akan menjadi rujukan kepada para penyelidik dari dalam dan luar negara yang ingin membuat kajian berkaitan ilmu-ilmu silat Melayu.
Penyampaian cenderahati oleh PSSCM kepada Prof Dato' Noor Aziah disaksikan oleh Pengarah ATMA; Prof Supyan Hussin |
Acara yang julung-julung kali diadakan ini merupakan satu lagi manifestasi kejayaan impian Pengasas PSSCM; YM Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad untuk merealisasikan impian Silat Cekak Silat Akademik.
Majlis dimulakan dengan lantunan Selawat Badriyah yang menjadi tradisi PSSCM |
Ahli-ahli PSSCM khusyuk mendengar ucapan dari para panelis wacana |
Di dalam Wacana hari ini YM Datuk Guru Utama PSSCM telah melahirkan kesyukurannya kerana setelah 52 tahun PSSCM telah melahirkan ramai cendekiawan dan tokoh yang terbabit dalam penulisan dan penyelidikan pelbagai bidang serta disiplin ilmu yang telah memperkayakan penulisan ilmiah berkaitan Silat Cekak.
Antara barisan penggerak PSSCM di kelas-kelas IPT seluruh negara |
Pertunjukkan seni silat oleh PSSCM |
Majlis Memorandum Persefahaman UKM dan PSSCM |
Program yang dihadiri lebih 800 orang ahli PSSCM seluruh negara hari ini juga mencipta sejarah apabila termenterainya Memorandum Persefahaman (MOU) antara ATMA dan PSSCM untuk membantu memperbanyakkan lagi kajian ilmiah yang akan disimpan di dalam Portal Pengajian Alam untuk tujuan rujukan dan aktiviti penyelidikan sebagaimana yang digariskan di dalam perancangan strategi ATMA yang beriltizam menjadi pusat rujukan tersohor di dalam pengajian Alam Melayu di dunia ini.
Pengarah ATMA; Prof. Dr. Supyan Haji Hussin di dalam ucaptamanya turut memuji PSSCM kerana begitu konsisten membangunkan nilai-nilai ilmiah di dalam Seni Silat Cekak Malaysia yang turut membantu memperkasakan modal insan di kalangan orang-orang Melayu di negara ini.
Selain itu, Jurnal Silat Cekak Silat Akademik Jilid ke 2 turut dilancarkan, diikuti penyampaian cenderamata kepada para penulisnya.
Antara barisan para Penyelidik Sijil Menengah Akademik (SMA) Siri 3 |
Di sebelah petangnya pula seramai 145 orang calon Sijil Menengah Akademik PSSCM Siri 3 yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan akan membentangkan kertas cadangan mereka untuk menjalankan kajian berkaitan Silat Cekak. Kajian-kajian tersebut nanti akan diletakkan di Arkib ATMA UKM.
Untuk maklumat lanjut tentang promosi wacana ini oleh ATMA sila layari;
//http://www.ukm.my/atma/news/siri-wacana-atma-seni-silat-melayu-dan-majlis-pelancaran-buku-silat-cekak-silat-akademik/
Lain-lain foto menarik;
Antara barisan kepimpinan dan penggerak PSSCM Putrajaya |
Acara demonstrasi Silat Cekak Malaysia yang memukau hadirin |
Disediakan oleh:
Unit Media PSSCM Putrajaya@2017