Ahad, 20 Ogos 2017... PSSCM Putrajaya turut terlibat di dalam Program Senaman Seni Silat Cekak Merdeka 2017 yang di adakan di Lot 10, Bukit Bintang Kuala Lumpur yang dimeriahkan oleh lebih 500 ahli PSSCM dan ahli keluarga masing-masing.
Acara yang julung-julung kali diadakan ini mendapat kerjasama dari PDRM, DBKL dan Lot 10 selain sokongan padu ahli-ahli PSSCM dari Cawangan dan Kelas Latihan Lembah Kelang, Selangor dan Negeri Sembilan.
Program ini juga merupakan program anjuran NGO silat yang pertama kali dilakukan lain dari yang lain bagi menunjukkan PSSCM merupakan organisasi berasaskan komuniti yang dinamik dan melalui transformasi sejak diasaskan pada 1965 lalu.
Program dimulakan dengan para ahli berkumpul dan menaiki MRT di Stesen MRT Sg Buloh, Maluri dan Kajang serta bertemu di Stesen MRT Bukit Bintang. Di hadapan Lot 10, PSSCM mengadakan persembahan silat tari, gendang silat, senaman aerobik, flashmob, war cry dan demonstrasi Silat Cekak bagi menyatakan sokongan terhadap Negara.
Program yang dirasmikan oleh YMDGU telah mendapat liputan dari media tempatan selain disaksikan oleh para pelancong dari dalam dan luar negara.
Syabas kepada semua yang terlibat. Sesungguhnya kita telah melakukan sesuatu yang beerti bagi menzahirkan rasa cinta kita kepada negara ini.
Hidup Cekak!!! Hidup Malaysia!!!