Sunday, 5 March 2017

Program Tanggungjawab Sosial Komuniti PSSCM@PPK Presint 16, Putrajaya






Ahad 5 Mac 2017 ... PSSCM Putrajaya telah elaksanakan sebuah Program Tanggungjawab Sosial Komuniti (CSR) PSSCM bersama Komuniti Putrajaya. Melalui program ini beberapa buah buku ilmiah terbitan PSSCM telah disumbangkan kepada Pusat Pembelajaran Komuniti (PPK) Presint 16, Putrajaya. 

Program ini telah diadakan sempena Bengkel Perancangan Strategik PSSCM Putrajaya 2017 yang telah dihadiri lebih 30 orang ahli-ahli Jawatankuasa PSSCM Peringkat Putrajaya dan Pusat. 

Rombongan pihak PSSCM yang diketuai oleh Naib Presiden 2 PSSCM; En Safaran bin Haji Ahmad telah disambut mesra oleh Puan Nornie Masiha bt Ab. Manan; Penolong Pengarah Kanan Pusat Pembelajaran Kejiranan Komuniti Presint 16 yang telah menerima kunjungan hormat PSSCM ke pusat pembelajaran komuniti tersebut.

Semoga sumbangan ini dapat memudahkan kajian dan rujukan warga komuniti Putrajaya terutamanya para pelajar untuk mengenali Seni Silat Cekak Malaysia sesuai dengan usaha PSSCM menjadikan ilmu silat sebagai ilmu akademik di negara ini.




Dengan adanya program berbentuk CSR ini juga masyarakat akan lebih mengenali PSSCM yang bukan sekadar mengajar ilmu silat tetapi juga bersama-sama komuniti Putrajaya memartabatkan ilmu beladiri warisan ini untuk generasi akan datang. Ini sesuai dengan pengiktirafan Seni Silat sebagai Warisan Negara, Benteng Ketiga Pertahanan Negara dan Seni Beladiri Rasmi Negara.






Sebuah rak khas turut disediakan oleh pihak perpustakaan komuniti Presint 16. 
















#silatcekak #silatmelayu #putrajaya #pesaka #presint16 #perbadananputrajaya #komunitiputrajaya

Laporan disediakan oleh;

Unit Media PSSCM Putrajaya@2017

No comments: