Sunday, 4 December 2016

Himpunan Solidariti Ummah Selamatkan Rohingya 2016 disertai PSSCM


Ahad 4 Disember 2016: Perhimpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya telah diadakan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur telah dihadiri lebih 200 orang ahli PSSCM termasuk dari kelas latihan PSSCM Putrajaya. 

Penyertaan ini bagi menunjukkan solidariti PSSCM sebagai sebuah NGO Melayu-Islam dan badan pendiri PESAKA Malaysia terhadap isu-isu sejagat yang melibatkan kepentingan ummah.



Majlis ini dihadiri lebih 10,000 umat Islam termasuk saudara seagama dari Rohingya dan diserikan dengan kehadiran para pemimpin negara dari parti politik PAS dan UMNO.










Syabas... Alhamdulillah kita mendokong perjuangan membela saudara seagama di mana saja mereka berada.



#solidarity #rohingya #silatcekak

https://www.facebook.com/search/top/?q=solidariti%20rohingya%20silat%20cekak%20
Disediakan oleh;

Unit Media PSSCM Putrajaya @2016