Khamis, 23 Jun 2016 ...10 orang ahli PSSCM Putrajaya telah dijemput menghadiri Program Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Kediaman Rasmi YAB PM @ Kompleks Seri Perdana, Putrajaya bagi mewakili PSSCM. Majlis ini dihadiri lebih dari 2,000 tetamu yang terdiri dari masyarakat setempat, NGO, agensi kerajaan, pihak swasta, persatuan penduduk Putrajaya dan sebagainya. Majlis dimulakan dengan iftar, solat maghrib, jamuan, solat Isyak, tarawih dan witir.
Sumbangan Hari Raya kepada golongan asnaf turut diberi bagi memeriahkan lebaran 2016 |
YAB PM bersalaman dengan tetamu yang hadir |
Tetamu yang ramai memeriahkan suasana berbuka puasa |
PSSCM Putrajaya bersama Setiausaha Agong PESAKA ; Senator Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din |
Barisan kepimpinan PSSCM Putrajaya |
Posing dulu sebelum masuk ke Kompleks Seri Perdana, Putrajaya |
Semua ahli PSSCM Putrajaya ceria menanti azan maghrib |
Lebih 2,000 tetamu hadir memeriahkan iftar bersama YAB Perdana Menteri |