Saturday, 14 March 2015

Silat Cekak: Mesyuarat khas PSSCM Putrajaya berjaya melantik AJK Sesi 2015 - 2017


Sabtu,  14 Mac 2015...Satu mesyuarat khas telah diadakan di kediaman Penasihat PSSCM dengan Agenda Utama Perbincangan adalah;

1. Memaklum dan mengesahkan Jawatankuasa-Jawatankuasa Tertinggi PSSCM Putrajaya lantikan YM Datuk Guru Utama dan Presiden PSSCM pada tahun 2015 yang terdiri daripada 3 perjawatan utama;

Seorang Penyelia
Seorang Ketua Pengurusan
Seorang Penasihat Khas

2. Melantik Jawatankuasa-Jawatankuasa Baru PSSCM Putrajaya bagi Sesi 2015-2016 yang terdiri daripada 8 perjawatan utama;

Setiausaha
Bendahari
Biro Media Sosial
Biro Sukan dan Rekreasi
Biro Agama dan Modal Insan
Biro Persembahan dan Demonstrasi
Biro Hal Ehwal Wanita
Biro Logistik dan Tugas-Tugas Khas

3. Menubuhkan Biro Media Sosial PSSCM Putrajaya dengan tumpuan;

i. Mengemaskini laman facebook agar lebih aktif dan interaktif
ii.Merancang pembentukkan laman web rasmi PSSCM Putrajaya bagi tujuan promosi aktiviti dan program Silat Cekak Malaysia di Putrajaya. 
iii. Melancarkan apa-apa medium media sosial baru yang berpotensi di masa hadapan antaranya seperti twitter, instagram, blog dan sebagainya bagi tujuan promosi pengambilan ahli baru dan aktiviti PSSCM Putrajaya. 

4. Merapatkan hubungan dengan pihak agensi kerajaan, swasta, NGO's, persatuan komuniti dan masyarakat di Putrajaya, termasuk mengaktifkan peranan PSSCM di dalam aktiviti PESAKA Putrajaya.

5. Merapatkan hubungan dengan kelas-kelas latihan PSSCM sekitar Putrajaya dan Ibu Pejabat melalui program lawatan dan aktiviti bersama.

6. Menambah jumlah penyertaan dan keahlian PSSCM Putrajaya melalui promosi dan kerjasama dengan masyarakat termasuk mengadakan aktiviti bagi menghimpunkan ahli-ahli tamat PSSCM yang menetap di Putrajaya.

7. Memaklumkan kedudukan kewangan PSSCM Putrajaya sehingga ke tarikh 14 Mac 2015

8. Mencari dan mengumpul dana secara sukarela bagi menggerakkan aktiviti kelas dan luar kelas seperti pentadbiran, kesukanan, rekreasi, kesenian dan sebagainya di masa-masa hadapan.

9. Jawatankuasa baru ini akan bermesyuarat secara berkala bagi merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti PSSCM di Putrajaya dengan lebih aktif bagi membantu perkembangan Silat Cekak di Putrajaya.  

Meyuarat bermula jam 9.00 malam dan berakhir 1.00 pagi. AlhamduLillah semoga PSSCM Putrajaya berjaya mengorak langkah ke arah kecemerlangan.

Disediakan oleh:

Setiausaha
PSSCM Putrajaya
Sesi Tahun 2015 -2017
14 Mac 2015