Rabu, 12 September 2018: Kuala Lumpur: Seminar Agung Sejak Azali Lagi (ASAL) 2018 telah dihadiri wakil PSSCM Putrajaya. Seminar anjuran stesen TV Astro Awani ini julung-julung kali diadakan berkonsepkan edutainment atau gabungan akademik dan budaya telah diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) selama 2 hari.
Program ini menampilkan seramai 11 orang pembentang seminar terdiri dari ahli akademik, tokoh sejarahwan, budayawan, seniman dan arkeologis dari Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia telah berjaya menarik lebih 300 peserta dari negara-negara ASEAN pada hari pertama program diadakan.
Antara 11 orang pembentang tersebut ialah;
- Puan Zuaidah Sual - Busana Melayu zaman Melaka
- Prof Dr Siti Zainon Ismail - Busana Melayu Istana Melaka
- Prof Madya Dr Paitoon Masmintra Chaiyanara - Bahasa Melayu sebagai lingua franca dunia
- Prof Madya Dr Ahmad Jelani Halimi - Melaka sebagai kuasa maritim
- Dr Ibrahim Bakar - Matawang Kesultanan Melaka
- Prof Madya Dr Farish A Noor - Kehebatan Melayu dalam Hikayat Hang Tuah
- Prof Datuk Awang Sariyan - Hubungan Tamadun Melayu Melaka - China
- Prof Madya Syed Muhammad Khairudin Al Juneid - Melaka dan jatidiri Melayu
- Prof Madya Dr Hj Muhd Pauzi Abd Latif - Kehebatan teknologi persenjataan Melayu Melaka
- Prof Madya Dr Asyari Muhamad - Melaka dan bukti arkeologi
- Prof Emeritus Dorojaun Kuntjoro Jakti - Cabaran globalisasi terhadap wilayah Selat Melaka
Seminar ini antara lain bertujuan untuk meluruskan kembali fakta sejarah dengan membongkarkan catatan-catatan sejarah dan ilmiah mengenai kehebatan pencapaian tamadun, teknologi senjata, kuasa maritim, ekonomi, budaya, agama, diplomasi, kewangan, ketenteraan serta kepewiraan bangsa dan Kesultanan Melayu Melaka yang selama ini sengaja ditutup oleh pihak-pihak tertentu terutamanya para orientalis barat.
Dengan adanya program sebegini diharapkan dapat membangkitkan nilai jatidiri Melayu serta semangat patriotisma di kalangan peserta dan juga masyarakat Malaysia.
Dengan adanya program sebegini diharapkan dapat membangkitkan nilai jatidiri Melayu serta semangat patriotisma di kalangan peserta dan juga masyarakat Malaysia.
![]() |
Peragaan busana Bendahara Seri Maharaja Melaka |
Para peserta telah melahirkan rasa kagum dengan suntikan kebudayaan, muzik dan grafik dengan pembentangan bercorak akademik yang merupakan satu nafas baru kepada cara pembentangan ilmiah.
Sila layari;
https://www.asalawani.com/
https://www.youtube.com/watch?v=r9nQuwKBBGg
http://www.astroawani.com/video-malaysia/persidangan-agung-sejak-azali-lagi-asal-2018-256808
Kredit foto: AstroAwani
https://www.asalawani.com/
https://www.youtube.com/watch?v=r9nQuwKBBGg
http://www.astroawani.com/video-malaysia/persidangan-agung-sejak-azali-lagi-asal-2018-256808
Kredit foto: AstroAwani
Semoga kita jumpa lagi tahun depan!
#ASAL2018 #Astroawani #melayu #ATMA #ISTAC #dance #silat #silatcekak #theater #busana #KLCC #KL #KKMM
#ASAL2018 #Astroawani #melayu #ATMA #ISTAC #dance #silat #silatcekak #theater #busana #KLCC #KL #KKMM
Disediakan oleh:
Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2018
No comments:
Post a Comment