Tuesday, 6 August 2019

Sejarah Cekak : Artikel Asal Usul Silat Cekak oleh Mansor Tobing Oktober 1966



Asal Usul Silat Cekak
oleh: Mansor Tobing
Utusan Zaman, 2 Oktober 1966

* (kami memohon maaf kerana sesetengah perkataan dan huruf dalam artikel ini sukar untuk dibaca kerana terlalu kecil dan hilang disebabkan keadaan artikel yang usang. Usaha melengkapkan perkataan tersebut masih diteruskan)

Satu seni yang ... pusaka bangsa dan pernah digunakan oleh panglima2 kanan dengan --- peperangan menentang pencerobohan di zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin lebih satu abad yang lama telah dihidupkan semula di negeri Kedah sekarang ini.

Silat ini dinamakan "Silat Cekak" sedang dikembangkan oleh perkumpulan Seni Sari Budaya Seri Kedah sejak bulan Disember 1965......

Menerusi Seksi Silat Kumpulan Seri Kedah itu seramai 50 orang pemuda2 sekitar Kedah utara telah turut mempelajari ilmu2 seni silat tersebut di bawah pimpinan saudara Hanafi bin Hj Ahmad (...umur...) tahun yang juga memperkenalkan Silat Cekak atau Silat Kedah ini kira-kira 20 tahun yang lalu setelah berbai'ah baik dengan seorang guru tunggal bagi silat tersebut iaitu Yahya bin Said berumur 60 tahun yang sekarang ini tinggal di negeri Perak.

Asal ...Silat Cekak atau Silat Kedah ini menurut yang diketahui dibawa oleh Panglima Tuk Rashid dari Sungai Daun Kedah ke Kerian negeri Perak.

Panglima Tuk Rashid  meninggalkan bumi tempat lahirnya negeri Kedah bersama-sama isterinya dalam masa ...kawasan Sungai Daun. negeri Perak (lebih 50 tahun yang lalu) diserang wabak taun.

Panglima Tuk Rashid telah menurunkan ilmu Silat Cekak atau Silat Kedah ini kepada Encik Yahya sehingga tamat dengan cucunya dari negeri Kedah.....

Setelah seorang panglima kanan Kedah, Panglima Ismail yang pernah berjaya menangkap seorang batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) di Kerian Perak yang masa itu di bawah pemerintahan kerajaan Kedah telah menurunkan ilmu  Silat Cekak itu kepada Panglima Tuk Rashid.  

Sebagai murid kanan yang setia ini, Saudara Hanafi terus yakin bahawa Seni Silat Cekak atau Silat Kedah memang mempunyai kaedah yang tetap dan …………

...tulis itu layak dijadikan Silat Nasional ataupun Silat Kebangsaan bagi negara Malaysia. 

Tomoi, karate, judo, taekwando dan lain-lain lagi digalakkan oleh pemimpin dan kerajaan kita diajar kepada ahli-ahli pasukan polis dan tentera kita maka saudara Hanafi menegaskan bahawa Silat Cekak atau Silat Kedah lebih sesuai lagi dipelajari oleh mereka itu.

Sekarang yang agak ‘ganjil” dalam Silat Kedah ini ketika menunggu serangan lawan dengan cara berdiri lurus seperti perbuatan orang berdiri betul dalam sembahyang. Tidak mengelak ke kanan dan ke kiri malahan mara dan terus ke depan.

Satu lagi yang ganjilnya ialah di samping menyerang lawan Silat Kedah ini juga dapat menangkap lawannya itu.

Falsafah Silat Kedah ini ialah mengkaji dan mempelajari keputusan segala2 seni silat Melayu menjadi matapelajarannya.

(keratan sudah terpotong)..

… Kuala Lumpur.

Sebelum memberi ceramah-ceramah terutamanya kepada mahasiswa universiti kita saudara Hanafi akan menemui rakan-rakan lamanya Menteri Pelajaran, Encik Muhammad Khir Johari dan Menteri Penerangan dan Penyiaran Encik Senu Abdul Rahman bagi membincangkan Silat Kedah ini.

Artikel bertulisan jawi ini dikeluarkan oleh Utusan Zaman melalui tulisan wartawannya Mansor Tobing bagi mempromosikan Silat Cekak susulan dari persembahan Silat Cekak di Panggung Cathay di Alor Setar pada 13 September 1966.

Mansor Tobing dikenali sebagai seorang wartawan yang sering menulis cerita-cerita misteri dan sejarah di Kedah seperti "Keramat Tuk Serban Hijau di Tanjung Inggeris" diterbitkan dalam majalah Mastika tahun 1965 (tulisan jawi) halaman 33 - 35



Tulisan jawi yang cantik ini ditulis sendiri oleh Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad

Susulan itu juga, Silat Cekak mula mendapat perhatian dari masyarakat sehingga menimbulkan 'kesedaran' sesetengah ahli silat lain yang mula berlumba-lumba menubuh dan memperkenalkan silat mereka bagi menyaingi Silat Cekak. Kisah tersebut telah dinukilkan dalam PSSCM (1975), PSSCM (1976) dan Ahmad (1978). 

Dari artikel di atas telah jelas mendedahkan asal usul Silat Cekak, perjalanan awal serta keistimewaan silat tersebut di Kedah.

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2019





No comments:

Post a Comment