Jumaat 28 September 2018: Kuala Lumpur. PSSCM Putrajaya turut menghadiri Majlis Perjumpaan Tenaga Pengajar PSSCM Ibu Pejabat yang diadakan Bangunan Silat Cekak di Sentul, Kuala Lumpur. Hampir 60 orang Tenaga Pengajar dari kelas-kelas latihan seperti Ibu Pejabat, Wangsa Maju, Sg Besi, Keramat AU, Putrajaya dan Sekolah Jalinan Kasih Kuala Lumpur.
Majlis penyampaian surat lantikan sebagai Tenaga Pengajar PSSCM Ibu Pejabat |
Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg Encik Safaran bin Ahmad; Ketua Pengurusan PSSCM Ibu Pejabat bagi kelas-kelas di atas. Di dalam majlis ini para Tenaga Pengajar telah diberikan surat-surat perlantikan sebagai Tenaga Pengajar PSSCM bagi tempoh 2018/2019.
Semoga barisan tenaga pengajar akan aktif menggerakkan PSSCM ke arah cemerlangan. Insya Allah.
Antara sebahagian para Tenaga Pengajar PSSCM Ibu Pejabat. |
Disediakan oleh
Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2018
No comments:
Post a Comment