Sabtu, 25 Ogos 2018. GOMBAK: PSSCM Putrajaya turut menyertai kegiatan sukarelawan bersama komuniti menjayakan dua Majlis Qurban berbeza anjuran komuniti KRT Setapak Indah dan akhbar Harian Metro.
Program Qurban pertama telah diadakan pada Hari Raya Aidil Adha bertempat di Dewan Komuniti Taman Setapak Indah dihadiri lebih 50 orang sukarelawan PSSCM sekitar Lembah Kelang.
Program Korban anjuran bersama komuniti KRT Setapak Indah - PSSCM - DBKL dan RTM |
Sementara bagi Program Korban Titipan Kasih Harian Metro, sebanyak 14 ekor lembu telah berjaya disembelih dan dagingnya diagih-agihkan kepada golongan kurang berkemampuan serta komuniti setempat. Seramai 70 orang sukarelawan dari PSSCM sekitar Lembah Kelang, kakitangan Harian Metro, Takaful Ikhlas serta komuniti Masjid Ar Rahimah, Gombak turut terlibat menjayakan program ini.
Untuk maklumat lanjut sila layari;
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/08/371337/program-korban-tkhm-meriah-metrotv
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/08/465947/14-lembu-tumbang-dalam-program-korban-titipan-kasih
Program-program kesukarelawan sebegini sememangnya dapat merapatkan hubungan silaturrahim di antara ahli-ahli PSSCM dengan komuniti setempat serta agensi swasta dan kerajaan. Ini membuktikan bahawa PSSCM tidak hanya mengajar ilmu silat tetapi turut menggalakan kerja-kerja kebajikan seperti berkorban dan gotong royong yang merupakan amalan terpuji pada agama dan budaya masyarakat Melayu di negara ini.
Dalam masa yang sama ia dapat mempromosikan ilmu Seni Silat Cekak Malaysia kepada komuniti setempat.
Disediakan oleh;
Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2018
No comments:
Post a Comment