Ahad, 19 Ogos 2018, GOMBAK: Seramai 8 orang PSSCM Putrajaya telah menghadiri majlis tahlil Almarhum YM Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad; Guru Utama PSSCM yang pertama (1965 - 1986). Majlis telah diadakan di Surau Sekolah Menengah Setiabudi Gombak.
Program ini dihadiri lebih 100 orang peserta turut dihadiri oleh YM Datuk Guru Utama dan Isteri serta barisan Ahli Jawatankuasa Pusat, barisan Tenaga Pengajar dan ahli-ahli PSSCM Lembah Kelang.
Program ini telah mengundang Tuan Haji Ghazali bin Abd Rahman; ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT) dan Ahli Jawatankuasa PSSCM Cawangan Kedah sebagai penceramah jemputan.
Program ini turut diadakan di kesemua cawangan PSSCM Negeri-Negeri sebagai sebuah aktiviti tahunan yang dapat mengeratkan silaturahim serta menghidupkan aktiviti bercorak keagamaan di kalangan komuniti PSSCM.
![]() |
Majlis Tahlil turut diadakan di PSSCM Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Kedah |
![]() |
Majlis Tahlil anjuran PSSCM Cawangan Pahang dan Kelantan |
Walaupun sudah 32 tahun pemergian Almarhum namun semangat perjuangan dan kepimpinan beliau tetap diingati dan menjadi kebanggaan setiap ahli PSSCM. Semoga roh Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad dicucuri rahmatNya. Amiin.
Sumber: Jabatan Penerangan PSSCM
Disediakan oleh;
Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2018
No comments:
Post a Comment