Sunday, 3 June 2018

Silat Cekak: PSSCM Putrajaya @Program Nuzul Quran PSSCM 2018


Ahad, 3 Jun 2018: GOMBAK: Seramai 7 orang ahli PSSCM Putrajaya telah menghadiri Program Nuzul Quran anjuran PSSCM Ibu Pejabat.

Program bersempena bulan Ramadhan ini telah dihadiri lebih 250 orang peserta. Majlis bermula dengan solat Asar berjemaah diikuti dengan majlis khatam Quran, berbuka puasa, solat maghrib, isyak, tarawih dan tazkirah bersempena Nuzul Quran.




Melalui tazkirah Nuzul Quran yang disampaikan oleh Ustaz Rosli Jamauddin; Mudir Madrasah Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah, Kedah, beliau menyeru ahli-ahli PSSCM supaya menghayati hikmah dan rahmat diturunkan Quran oleh Allah swt kepada seluruh umat Islam. Mereka juga diseru supaya meningkat amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan ini bagi mencari keampunan dan keredhaan Allah swt. 

Majlis diakhiri dengan ucapan dari YMDGU PSSCM; Datuk Haji Maideen Kadir Shah yang menyeru supaya ahli-ahli PSSCM mengekalkan silaturrahim bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan mereka. Mereka juga diseru agar sentiasa bersama-sama terlibat dalam pelbagai aktiviti PSSCM bagi mengembangkan ilmu Seni Silat Cekak sebagai budaya bangsa yang bernilai tinggi.










Majlis ini berakhir pada jam 12.30 malam. Terima kasih atas juadah berbuka dan moreh yang lazat dan menyelerakan...Salam Ramadhan buat semua. 

Ihsan foto-foto dari Jabatan Penerangan PSSCM dan rakan-rakan PSSCM

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2018

No comments:

Post a Comment