Jumaat, 1 Jun 2018. PUTRAJAYA: Seramai 16 orang ahli PSSCM Putrajaya dan keluarga terlibat memeriahkan Program Berbuka Puasa di Laman Iftar Dataran Perbadanan Putrajaya di Presint 3.
Program yang julung-julung kali ini merupakan sebahagian aktiviti berbentuk santai bersama keluarga anjuran bersama Kelab Kembara dan Rekreasi serta Kelab Wanita Cekak PSSCM Putrajaya bertujuan merapatkan hubungan silaturahim sesama ahli PSSCM Putrajaya.
Aktiviti ini akan dijadikan program tahunan kerana ternyata dapat mempelbagaikan aktiviti persatuan di samping menambahkan lagi keceriaan dan semangat kepada ahli-ahli komuniti PSSCM Putrajaya untuk terus bersama membangunkan PSSCM dan seni silat Melayu di Putrajaya.
Program Bulan Iftar Putrajaya ini bermula seawal jam 6.00 petang dengan alunan ayat-ayat suci Al Quran, tazkirah, nasyid yang disertai lebih 500 orang masyarakat setempat dan mereka yang datang dari luar Putrajaya. Tujuannya adalah untuk berbuka puasa di samping mengunjungi pelbagai gerai dan bazar Ramadhan sepanjang jalan dan kawasan Presint 3 Putrajaya.
Lepas berbuka tu masing-masing boleh solat maghrib, isyak dan tarawih di Masjid Sultan Mizan yang berdekatan. Habis jer solat boleh shopping di gerai-gerai jualan berdekatan.
Rugi weiii kalau tak join program semeriah begini...apalagi jom kita memeriahkan Program Bulan Iftar anjuran Perbadanan Putrajaya ini sementara ada peluang dan hari tak hujan. Datang jangan tak datang!!!
![]() |
Gambar dari Perbadanan Putrajaya |

Minggu depan kita buat lagi program ni...meriah betul sesekali makan di padang...sapa nak joint jom kita!!!
Disediakan oleh:
Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2018
No comments:
Post a Comment