Sabtu, 30 Jun 2018. SEREMBAN: PSSCM Putrajaya hari ini telah menyertai Program Cekak Fun Run sempena Sambutan Majlis Hari Raya Aidil Fitri PSSCM, 2018. Majlis pada tahun ini telah diadakan bermula di Dewan Datuk Haji Maideen Paroi, Seremban dan peserta akan berlari sejauh 5km mengelilingi sekitar kawasan kejiranan berdekatan.
Pelari-pelari PSSCM Putrajaya diwakili oleh 8 orang peserta akan bersama-sama lebih 500 orang peserta PSSCM dari seluruh negara yang telah dibahagikan kepada kategori Veteran, Dewasa dan Kanak-Kanak. Para peserta telah dilepas oleh YMDGU dan isteri.
Majlis dimulakan seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi. Para peserta dikehendaki melalui 3 check point dan menjawab beberapa soalan untuk meneruskan larian.
Apa yang penting dalam program ini adalah kemeriahan bersama rakan-rakan...tak menang pun tak pa janji kita enjoy...
Program ini bertujuan menyemai semangat kesukanan dan perpaduan di kalangan ahli-ahli PSSCM dari seluruh negara di samping mempromosikan gaya hidup sihat serta jenama PSSCM ke serata negara. Ia juga telah dirancang secara tahunan bagi membuktikan PSSCM bukan sahaja mempromosikan seni silat tetapi juga aktiviti bukan berbentuk silat.
Sebelum ini PSSCM terlibat dalam penganjuran Treasure Hunt di Pantai Balok, Pahang (2014), Explorace di Ipoh (2016) dan Karnival Sukan Tradisional (KASUTRA) 2017.
Pada sebelah malamnya nanti, program akan diteruskan dengan Majlis Sambutan Aidil Fitri PSSCM 2018 yang akan dirasmikan oleh YB Tuan Haji Khalid Abdul Samad; Ahli Parlimen Shah Alam.
Insya Allah pastinya pelbagai juadah dan hidangan lazat dri pelbagai Cawangan Negeri dan Kelas Latihan PSSCM akan disajikan kepada para tetamu sekalian.
Apalagi ...jom ahli-ahli PSSCM dan keluarga kita memeriahkan program gilang gemilang ini.
Sila layari, share dan like hanya di:https://www.youtube.com/watch?v=FIAor_KyCRI&feature=youtu.be
Sila layari, share dan like hanya di:https://www.youtube.com/watch?v=FIAor_KyCRI&feature=youtu.be
Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2018
No comments:
Post a Comment