Tuesday, 1 May 2018

Wakil PSSCM Putrajaya Membentang Kertas Kerja @ KOSSCEM 2018


Selasa, 1 Mei 2018 Nibong Tebal: Wakil PSSCM Putrajaya telah membentangkan sebuah kertas kerja ilmiah bertajuk; "Perkembangan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia - PSSCM (1976-1986): Sedekad Sumbangan Silat Cekak Terhadap Pembangunan Negara". Kertas Kerja tersebut telah dibentangkan oleh Y.Brs Tuan Shukri bin Janudin.





 



















Sebanyak 8 buah hasil kertas kerja telah dibentangkan oleh para peserta yang kebanyakkannya terdiri dari golongan mahasiswa dan ahli-ahli profesional PSSCM dari seluruh negara. Program telah diadakan di Dewan Kuliah Fakulti Bahasa dan Terjemahan USM Kampus Kejuruteraan bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 5.30 petang yang dirasmikan oleh Y.Bhg Dr Ar Abdul Majid Ismail; Naib Presiden 1 PSSCM.




Program ini turut menampilkan keistimewaan tersendiri apabila ia dilaksanakan sempena Sambutan Ulangtahun ke 21 PSSCM USM Kampus Kejuruteraan dan Ulangtahun ke 40 tahun PSSCM Pulau Pinang.


Program KOSSCEM ini telah dihadiri kira-kira 180 orang peserta manakala di sebelah malamnya diadakan Majlis Makan Malam Kembara Ilmu 2018 yang telah dihadiri seramai 200 orang tetamu yang lengkap berbusana tradisional sebagai usaha memartabatkan seni budaya Melayu. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USM Kampus Kejuruteraan; Profesor Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed sebagai Perasmi.


Di dalam ucapannya beliau telah memuji pihak penganjur PSSCM USM yang telah berjaya mengekalkan seni budaya Melayu dan berusaha meningkatkan tahap akademik seni silat Melayu ke tahap lebih tinggi lagi. Ini sesuai dengan usaha PSSCM memperbanyakkan kajian akademik seni silat Melayu.

Majlis ini turut diserikan dengan persembahan hiburan, montaj, pemberian sijil-sijil penghargaan serta cabutan-cabutan bertuah.

AlhamduLillah walaupun cuti umum 1 Mei 2018, ahli-ahli PSSCM tetap bersemangat untuk hadir menyertai program hari ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur.

Foto -foto menarik program Malam Kembara Ilmu;
















Disediakan oleh

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2018

No comments:

Post a Comment