Assalamualaikum w.b.t
Peringatan: Kepada ahli-ahli PSSCM seluruh negara...
Sila kemaskini Borang Keahlian PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA (PSSCM) bagi tahun 2018. Perkara di atas berdasarkan keputusan Mesyuarat Bersama Ahli Jawatankuasa Pusat dan Ketua Cawangan pada 18 dan 19 November 2017, telah bersetuju agar semua ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di seluruh negara segera mengemaskini maklumat biodata keahlian dan disahkan mengikut cawangan masing-masing bersesuaian dengan Fasal 4.6 dan 4.7 Perlembagaan PSSCM.
2. Borang Keahlian bersama senarai nama yang telah lengkap serta disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agong untuk pengesahan oleh YM Guru Utama dan Jawatankuasa Pusat.
3. Sila hubungi Penyelia Kelas masing-masing untuk maklumat dan tindakan lanjut.
Sekian Terima Kasih.
"Budaya Silat Teras Transformasi Negara"
Disediakan oleh:
Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2018
No comments:
Post a Comment