Sabtu, 12 Mei 2018...SEREMBAN Negeri Sembilan: Tim PSSCM Putrajaya pada hari ini turut memeriahkan sambutan Konvokesyen PSSCM ke 35 yang diadakan di Dewan Datuk Haji Maideen, Paroi, Negeri Sembilan.
Tim PSSCM Putrajaya turut terlibat bersama krew Istiadat dan Protokol PSSCM melakukan pelbagai persiapan awal istiadat bersama-sama dengan pelbagai unit dalam PSSCM.
Sambutan Konvokesyen pada hari ini dirasmikan oleh YMDGU PSSCM; Datuk Haji Maideen Kadir Shah dan dihadiri hampir 2,000 ahli PSSCM dan keluarga mereka dari seluruh negara. Seramai 539 orang telah menerima sijil Rendah dan Sijil Menengah Akademik pada tahun ini.
Program tahunan ini merupakan antara usaha yang dilakukan oleh PSSCM bagi memartabatkan nilai keilmuan dan seni budaya bangsa agar selari dengan kemajuan serta perkembangan semasa. Ini sesuai dengan usaha menjadikan ilmu seni silat Melayu bertaraf akademik.
Tema Budaya Silat Teras Transformasi Negara menggambarkan budaya murni dalam ilmu persilatan seperti menghormati pemimpin, ibu bapa, mentaati pemerintah, menjunjung adat dan syariat serta mengekalkan perpaduan ummah menjadi teras bagi kemajuan dan keamanan negara. Bahkan ilmu Seni Silat Cekak yang diamalkan oleh para penuntutnya juga turut membawa perubahan kepada landskap dunia persilatan Melayu di negara ini selaras dengan aspirasi negara.

![]() |
Persiapan di dapur oleh tim masak PSSCM |
![]() |
Tim Demonstrasi Silat membuat latihan terakhir |
![]() |
Tim Protokol di sebalik tabir |
Unit Media Strategik PSSCM 2018.
No comments:
Post a Comment