Sunday 16 June 2024

Salam Aidil Adha 2024 dari PSSCM


Seremban: 16 & 17 Jun 2024 /9 & 10 Zulhijjah 1445H: PSSCM telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidil Adha Peringkat Lembah Kelang 2024/1445H bertempat di Dewan Datuk Haji Maideen, Paroi Seremban Negeri Sembilan.




Kehadiran adalah seramai 150 orang ahli PSSCM termasuk dari PSSCM kelas Latihan Putrajaya bagi sama-sama meraikan Hari Raya Aidiladha dan seterusnya menjalankan ibadah korban.

Majlis yang bermula pada hari Ahad petang (9 Zulhijjah) dengan gotong royong memasak serta berbuka puasa. Kemudian pada sebelah malamnya diteruskan dengan Laungan Takbir sejurus selesai Solat Isyak. 


Pada keesokkan hari pula (10 Zulhijjah) selepas Solat Sunat Hari Raya telah diadakan aktiviti korban. Seekor lembu dan seekor kambing telah dikorbankan pada tahun ini. 




Majlis kemudian diteruskan dengan Bacaan Tahlil dan Laungan Takbir pada sebelah petang serta dengan Ucapan Penutup oleh YM Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden PSSCM.


Majlis diakhiri dengan Jamuan Makan pada jam 5.30 petang.

Salam Aidil Adha dari kami PSSCM Kelas Latihan Putrajaya.

Kredit foto: Jabatan Penerangan PSSCM

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM KL Putrajaya@2024





No comments:

Post a Comment