Sunday 30 June 2024

Program Riadah Family PSSCM Putrajaya @Janda Baik


Janda Baik, Bentong Pahang, Sabtu, 30 Jun 2024:
Seramai 50 ahli keluarga PSSCM KL Putrajaya mengadakan aktiviti santai mandi sungai di Riverside, Janda Baik, Pahang.


Program ini bertujuan menyatukan ahli-ahli keluarga dengan program riadah melalui aktiviti bukan berbentuk silat. Semua yang hadir gembira setelah dah lama tak buat aktiviti luar sebegini.  




Masing-masing membawa potluck dan memasak, erat macam keluarga...

Seronok beb...

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM KL Putrajaya @2024

Sunday 16 June 2024

Salam Aidil Adha 2024 dari PSSCM


Seremban: 16 & 17 Jun 2024 /9 & 10 Zulhijjah 1445H: PSSCM telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidil Adha Peringkat Lembah Kelang 2024/1445H bertempat di Dewan Datuk Haji Maideen, Paroi Seremban Negeri Sembilan.




Kehadiran adalah seramai 150 orang ahli PSSCM termasuk dari PSSCM kelas Latihan Putrajaya bagi sama-sama meraikan Hari Raya Aidiladha dan seterusnya menjalankan ibadah korban.

Majlis yang bermula pada hari Ahad petang (9 Zulhijjah) dengan gotong royong memasak serta berbuka puasa. Kemudian pada sebelah malamnya diteruskan dengan Laungan Takbir sejurus selesai Solat Isyak. 


Pada keesokkan hari pula (10 Zulhijjah) selepas Solat Sunat Hari Raya telah diadakan aktiviti korban. Seekor lembu dan seekor kambing telah dikorbankan pada tahun ini. 




Majlis kemudian diteruskan dengan Bacaan Tahlil dan Laungan Takbir pada sebelah petang serta dengan Ucapan Penutup oleh YM Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden PSSCM.


Majlis diakhiri dengan Jamuan Makan pada jam 5.30 petang.

Salam Aidil Adha dari kami PSSCM Kelas Latihan Putrajaya.

Kredit foto: Jabatan Penerangan PSSCM

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM KL Putrajaya@2024





Thursday 13 June 2024

Majlis Tahlil Almarhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad, 2024 secara hybrid


Bangunan Silat Cekak, Sentul Kuala Lumpur: PSSCM telah menganjurkan Majlis Tahlil Almarhum YM Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad, Pengasas Agung PSSCM, Peringkat Kebangsaan 2024/1445H pada malam Khamis, 13 Jun 2024.


Majlis tahlil ini diadakan bagi mengenang jasa dan pengorbanan Almarhum YM Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad yang telah memimpin Silat Cekak selama 21 tahun, 

Seramai hampir 1000 orang ahli PSSCM telah berkumpul secara hibrid dalam majlis ini sebagai tanda kasih dan mengenang jasa ahli-ahli PSSCM kepada Almarhum. 




Y.Brs. Datuk Paduka Rosman Bin Mat Deli, Ahli Jawatankuasa Pusat dan LPT PSSCM telah diundang bagi sesi perkongsian pengalaman bersama Almarhum YM Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad. 



Pada akhir perkongsian juga telah  menyampaikan sebuah sajak dengan penuh perasaan dan menyentuh emosi ahli yang mendengarnya. Seterusnya majlis diakhiri dengan Ucapan Penutup oleh YM Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden PSSCM. 




Segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh Almarhum YM Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad akan sentiasa terpahat dihati ahli-ahli PSSCM. Semoga roh Almarhum YM Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad ditempatkan di kalangan para syuhada', orang-orang beriman dan orang-orang beramal soleh....Aamiinn

Kredit foto: Jabatan Penerangan PSSCM 

Disediakan oleh:

Unit Komunikasi Strategik PSSCM KL Putrajaya @2024