Sunday 17 September 2023

Program Latihan Bersama YM Guru Utama 3.0 PSSCM


AHAD 17 September 2023: PROGRAM LATIHAN BERSAMA GURU UTAMA 3.0, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) telah diadakan di Dewan Sekolah Setia Budi, Gombak, Selangor.

Program ini kali terakhir diadakan pada tahun 2014 iaitu 9 tahun yang lalu.

Klik - https://www.silatcekak.org.my/program-latihan-bersama-guru-utama-psscm-kali-ke-2-2014/


Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Penaung PSSCM, Yang Amat Mulia Tunku Dato’ Professor Surveyor. Dr. Fauzi Ibni Al-Marhum Yang Teramat Mulia Tunku Sri Indera Setia Kedah Tunku Dato’ Abdul Malek Al-Haj beserta isteri.

Program dimulai dengan sesi latihan di sebelah pagi, kemudian disusuli dengan Majlis Penyerahan Uniform Silat Cekak berlogo baharu kepada semua Barisan Jawatankuasa Pusat, yang telah disempurnakan oleh YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama & Presiden PSSCM. 


Sesi sebelah petang pula dimulai dengan demostrasi oleh ahli-ahli PSSCM di sekitar Lembah Klang dan Cawangan Selangor, serta demostrasi khas Parang Lading yang turut disertai oleh barisan Jawatankuasa Pusat PSSCM. Turut diselitkan ialah pentomin Silat Cekak, yang mana kali terakhir telah diadakan pada tahun 1995 bersempena dengan Perayaan 30 Tahun Cekak. Selain itu, turut diadakan selingan adegan lakonan serta persembahan sajak.


Majlis ini diakhiri dengan perkongsian mata pelajaran Silat Cekak oleh YM Datuk Guru Utama.

Syabas juga diucapkan kepada Jabatan Penerangan, Jawatankuasa Cawangan Selangor serta semua ahli yang terlibat di atas penganjuran program ini. Semoga ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan meningkatkan kemahiran persilatan ahli-ahli PSSCM.

Kredit foto: Jabatan Penerangan PSSCM

https://www.facebook.com/photo?fbid=868027211352877&set=pb.100044368182216.-2207520000

Disediakan oleh

PSSCM Putrajaya @2023

No comments:

Post a Comment