Sunday 31 July 2022

Sambutan Maal Hijrah 1444 dan Hari Tenaga Pengajar PSSCM 2022


Sabtu, 30 Julai 2022: Seremban. PSSCM telah meraikan Sambutan Hari Tenaga Pengajar PSSCM sempena Sambutan Awal Muharram 1444 Hijrah. Seramai 1300 peserta telah hadir termasuk para Tenaga Pengajar PSSCM seluruh negara.

Majlis dimulakan pada awal pagi dengan acara berzanji dan marhaban.  



Pada sebelah petangnya pula diadakan Hari Tenaga Pengajar PSSCM yang menghimpunkan lebih 1000 orang Tenaga Pengajar PSSCM dari seluruh negara. Mereka diberikan sijil-sijil pentauliahan bagi mengajar ilmu Silat Cekak bagi tahun 2022/2023.   



Syukur Alhamdulillah diatas kelancaran program ini hasil kerjasama semua pihak dan syabas serta selamat berkhidmat kepada semua Tenaga Pengajar PSSCM.




Pautan:

https://www.facebook.com/cekakmalaysia/videos/801022924225228

https://www.youtube.com/watch?v=E0UfkQQ1FAc

https://www.youtube.com/watch?v=6HcdyxjkfcI

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2022

No comments:

Post a Comment