Ahad, 24 Julai 2022: Kuala Lumpur Majlis Perasmian Penutup Festival Antarabangsa Silat Warisan Dunia telah disempurnakan oleh YB Senator Tengku Dato' Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz; Menteri Kewangan Malaysia di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Turut menghadiri majlis ini adalah ahli-ahli Dewan Perguruan PESAKA, para tetamu kehormat dan peserta Festival termasuk ahli-ahli PSSCM Ibu Pejabat termasuk Putrajaya.
YB Menteri Kewangan dalam ucapannya pernah mempelajari Silat Cekak pada tahun 1989 di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di bawah PSSCM dan diijazahkan oleh YM Ustaz Ishak bin Itam. Syabas!
Kongsi foto:
Kredit foto: Jabatan Penerangan PSSCM
Disediakan oleh:
Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2022
No comments:
Post a Comment