Tuesday, 10 August 2021

Sambutan Awal Muharam 1443H & Hari Tenaga Pengajar PSSCM 2021

 


Selasa, 10 Ogos 2021: PSSCM telah berjaya mengadakan Majlis ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐€๐ฐ๐š๐ฅ ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ซ๐š๐ฆ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ‘๐‡ & ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐“๐ž๐ง๐š๐ ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐๐’๐’๐‚๐Œ secara on-line yang dihadiri lebih 900 peserta yang terdiri dari kalangan Ahli-Ahli dan Tenaga Pengajar PSSCM dari seluruh negara.





Majlis dimulakan dengan alunan marhaban, berzanji, qasidah dan burdah. Diikuti dengan program Hari Tenaga Pengajar 2021 yang amanatnya disampaikan oleh YMDGU. Beliau telah menekankan pentingnya ahli-ahli PSSCM terus bersama bersatu berdoa dan bertawakal bergantung hati pada Allah serta menghayati sirah Rasulullah saw dalam menghadapi ujian wabak Covid 19 yang melanda dunia ketika ini.




Acara kemuncak program adalah Penyampaian Amanat dan Ucapan Perasmian daripada Yang Mulia Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM). 

Majlis diteruskan lagi dengan Pengisytiharan Tokoh Persilatan PSSCM iaitu YBhg. Tn.Hj. Mohd Hafiz bin Jamil dan Pengisytiharan Penerima Anugerah Khas Guru Utama (PSSCM) iaitu YBrs. En. Sham bin Mohd Ghani. 

Majlis berakhir pada jam 1.00 petang dan disudahi dengan nyanyian lagi Warisan Mutlak oleh semua peserta. 


Syabas PSSCM ...tetap inovatif dan progresif menghadapi Covid-19 dengan mendepani era digitalisasi

Kredit dan sila layari teaser sambutan: 

https://www.facebook.com/cekakmalaysia/videos/366625488402347

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya 2021




No comments:

Post a Comment