Sabtu, 14 Ogos 2021: PSSCM telah menganjurkan Forum Maya 55 Tahun PSSCM Siri 7 bertajuk 'Nostalgia Bersama Almarhum Ustaz Hj Ishak Bin Itam'. Forum ini berjaya mengumpulkan lebih 1,000 orang peserta PSSCM bersama keluarga.
Seramai tiga orang ahli Panelis telah menceritakan nostalgia mereka bersama Tuan Haji Ishak bin Itam; Guru Utama dan Presiden PSSCM ke 2 (1986-2009). Semoga perkongsian ilmu ini akan memberikan banyak pengajaran kepada ahli-ahli PSSCM dalam mengharungi cabaran dalam perjuangan mendaulatkan ilmu persilatan ini.
Kredit foto:
https://www.facebook.com/cekakmalaysia/photos/pcb.4260382237377828/4260380480711337
Disediakan oleh;
Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2021.
No comments:
Post a Comment