Tuesday, 28 December 2021
Friday, 12 November 2021
Program On Line Kuliah Pengajian Islam PSSCM
Festival Seni Silat Wilayah Persekutuan 2021
Dalam majlis ini seramai 22 orang wakil pertubuhan dan persatuan Silat di Wilayah Persekutuan telah diberikan sijil penyertaan bagi menghargai sumbangan, jasa dan pengorbanan mereka mengembang seni silat di Wilayah Persekutuan.
Pihak Malaysia Book of Records turut menganugerahkan dua sijil kepada PESAKA atas penganjuran Festival Silat Secara Maya dan Demonstrasi Aliran Perguruan Silat Terbanyak Secara Maya di negara ini dengan penyertaan 46 buah perguruan silat dari pelbagai negeri yang mencipta sejarah apabila mempamerkan silat perguruan masing-masing dalam satu platform secara maya.
Detik bersejarah ini turut disaksikan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim dan Timbalannya, Datuk Seri Jalaluddin Alias serta Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Nazari Ahmad.
Majlis ini dihadiri lebih 300 orang delegasi dari pelbagai persatuan dan badan perguruan seni silat dari Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Turut dianjur dalam Festival Seni Silat ini adalah Simposium Seni Silat Wilayah Persekutuan 2021 selama dua hari merangkumi seminar, demonstrasi tanjak serta pameran.
PSSCM telah diketuai oleh En Safaran bin Ahmad; Naib Presiden 2 PSSCM dan isteri yang mewakili YM Datuk Guru Utama dan Presiden PSSCM.
#pesaka #silatcekak #kementerianwilayahpersekutuan #putrajaya
Disediakan oleh;
PSSCM Putrajaya, 2021
Program Tahlil dan Wacana Sejarah Sempena memperingati 200 Tahun Perang Musuh Bisik
Khamis, 11.11.2021; PSSCM buat julung kalinya telah menganjurkan Program 𝐖𝐀𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓𝐈 𝟐𝟎𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐔𝐒𝐔𝐇 𝐁𝐈𝐒𝐈𝐊 (𝟏𝟐.𝟏𝟏.𝟏𝟖𝟐𝟏 - 𝟏𝟐.𝟏𝟏.𝟐𝟎𝟐𝟏) & 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐀𝐇𝐋𝐈𝐋 𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀 𝐖𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐌𝐀𝐈𝐋 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐆𝐔𝐑𝐔-𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐒𝐈𝐋𝐀𝐓 𝐂𝐄𝐊𝐀𝐊..
Program ini adalah bersempena Sambutan Perayaan 55 & 56 Tahun PSSCM dengan kerjasama PSSCM Cawangan Kedah yang turut meraikan Sambutan Jubli Emas 50 tahun.
Untuk tontonan sila layari;
https://www.youtube.com/watch?v=C-bSLbq7pPo
Disediakan oleh;
Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya, 2021
Monday, 18 October 2021
Sambutan Maulidur Rasul PSSCM 2021/1443
Sambutan Maulidur Rasul PSSCM 2021/1443 kali ini disambut secara hibrid; bersemuka mengikut SOP dan menggunakan aplikasi zoom di semua cawangan PSSCM seluruh negara. Syukur aktiviti PSSCM kini boleh bergerak semula dengan lebih ceria.
Program ini dimulakan dengan selawat badriyah yang disampaikan dalam alunan muzik oleh ahli-ahli PSSCM.
Link: https://www.facebook.com/202771646472261/posts/4465931600156223/
Lebih 800 ahli PSSCM menyambutnya dimulakan dengan selawat, marhaban, qasidah dan burdah. Selain itu ceramah agama telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Rusli Jamaudin; Mudir Madrasah Ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah, Merbuk Kedah Darul Aman.
YMDGU telah memberikan ucapan perasmian penutupan.
Disediakan oleh:
Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya, 2021
Friday, 15 October 2021
Lagu dan Tagline Warisan Mutlak
Lagu dan tagline Warisan Mutlak merupakan ilham yang dicetuskan oleh YM Guru Utama dan Presiden PSSCM; Tuan Haji Ishak bin Itam di dalam sebuah mesyuarat Jawatankuasa Pusat PSSCM pada tahun 1989.
Ilham penciptaan lagu dan tagline ini adalah bagi mengambarkan PSSCM sebuah persatuan persilatan Melayu yang sedang berkembang pesat dan perlu menonjolkan sebuah imej yang berbentuk korporat dan dinamik sepertimana badan-badang NGO terkemuka yang lain. Justeru sebuah lagu korporat yang rancak, bersemangat dan ceria perlu tercipta.
![]() |
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat tahun 1990 telah dipengerusikan oleh Encik Ishak bin Itam |
Tugasan ini diberikan kepada sebuah Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah penyeliaan Ketua Penerangan PSSCM bagi merangka lirik, melodi dan perkara-perkara lain yang diperlukan.
![]() |
Encik Johari bin Salleh; komposer yang bertanggungjawab mencipta lagu Warisan Mutlak - lagu rasmi PSSCM pada tahun 1990 |
Hasilnya pada tahun 1990; Encik Johari Salleh dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah dipilih dan berjaya mencipta lagu bertajuk 'Warisan Mutlak' dan dinyanyikan oleh Encik Ahmad Tarmimi Siregar secara berkuarir.
Tagline Warisan Mutlak seterusnya menjadi tema utama dalam pengembangan ilmu persilatan Seni Silat Cekak Malaysia hingga kini.
Disediakan oleh;
Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2021
Friday, 8 October 2021
Seminar Kekeluargaan PSSCM 2021: Pendidikan Awal kanak-Kanak PDPR & Ancaman Gajet
Ingin mengetahui cara mengendalikan pendidikan anak-anak era norma baharu sepanjang pandemik Covid 19? Ikuti forum yang dibawakan khas oleh panelis-panelis yang pakar dalam bidang mereka. Sesuai untuk membantu ibu bapa & bakal ibu bapa ahli PSSCM bagi menghadapi cabaran norma baharu.
Disediakan oleh:
Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya, 2021
Friday, 24 September 2021
Webinar Terong Pipit Siri 1: Laksamana Ismail dan Silat Cekak - Legasi Sejarah Kedah
Hendak tahu sejarah awal Kedah Tua, perjalanan perjuangan orang-orang Kedah menentang pencerobohan asing sejak zaman Merong Mahawangsa dan keagungan Kedah-Langkasuka, proses pengislaman Kedah hingga ke Perang Musuh Bisik 1821 serta kaitannya dengan sejarah Laksamana Wan Ismail dan Silat Cekak?
Memaparkan bukti-bukti keagungan sejarah Kedah Tua yang terkini hasil dari kajian dan pemerhatian di lapangan serta bukti-bukti dokumentasi dikaji sejak tahun 1995. Jom sertai forum anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK)...
Link:https://www.facebook.com/psmckedah/videos/230450828993297
Disediakan oleh:
Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya, 2021
Wednesday, 15 September 2021
Forum 16 September 2021: Sejarah Awal Silat Cekak: Cabaran Menyesuai Dengan Makna Kemerdekaan
Saturday, 11 September 2021
Forum Perbincangan Rakyat Demi Melayu
Monday, 30 August 2021
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 64 dari PSSCM
Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke 64 dari PSSCM. Semoga kita sentiasa selamat sejahtera sepanjang pandemik Covid 19.
Disediakan oleh:
Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya 2021
Sunday, 29 August 2021
Forum Bual Bicara Merdeka 64
Forum menampilkan panelist Prof. Emiritus Datuk Dr. Kamaruddin Hussin; ahli PSSCM.
Ayuh saksikan...
Disediakan oleh:
Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya 2021
Saturday, 14 August 2021
Forum Maya 55 Tahun PSSCM "Nostalgia Bersama Al Marhum Ustaz Hj. Ishak bin Itam"
Sabtu, 14 Ogos 2021: PSSCM telah menganjurkan Forum Maya 55 Tahun PSSCM Siri 7 bertajuk 'Nostalgia Bersama Almarhum Ustaz Hj Ishak Bin Itam'. Forum ini berjaya mengumpulkan lebih 1,000 orang peserta PSSCM bersama keluarga.
Seramai tiga orang ahli Panelis telah menceritakan nostalgia mereka bersama Tuan Haji Ishak bin Itam; Guru Utama dan Presiden PSSCM ke 2 (1986-2009). Semoga perkongsian ilmu ini akan memberikan banyak pengajaran kepada ahli-ahli PSSCM dalam mengharungi cabaran dalam perjuangan mendaulatkan ilmu persilatan ini.
Kredit foto:
https://www.facebook.com/cekakmalaysia/photos/pcb.4260382237377828/4260380480711337
Disediakan oleh;
Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2021.
Tuesday, 10 August 2021
Sambutan Awal Muharam 1443H & Hari Tenaga Pengajar PSSCM 2021
Selasa, 10 Ogos 2021: PSSCM telah berjaya mengadakan Majlis 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐫𝐚𝐦 𝟏𝟒𝟒𝟑𝐇 & 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐏𝐒𝐒𝐂𝐌 secara on-line yang dihadiri lebih 900 peserta yang terdiri dari kalangan Ahli-Ahli dan Tenaga Pengajar PSSCM dari seluruh negara.
Acara kemuncak program adalah Penyampaian Amanat dan Ucapan Perasmian daripada Yang Mulia Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM).
Majlis diteruskan lagi dengan Pengisytiharan Tokoh Persilatan PSSCM iaitu YBhg. Tn.Hj. Mohd Hafiz bin Jamil dan Pengisytiharan Penerima Anugerah Khas Guru Utama (PSSCM) iaitu YBrs. En. Sham bin Mohd Ghani.
Majlis berakhir pada jam 1.00 petang dan disudahi dengan nyanyian lagi Warisan Mutlak oleh semua peserta.
Syabas PSSCM ...tetap inovatif dan progresif menghadapi Covid-19 dengan mendepani era digitalisasi
Kredit dan sila layari teaser sambutan:
https://www.facebook.com/cekakmalaysia/videos/366625488402347
Disediakan oleh;
Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya 2021