KUALA LUMPUR, 2 Oktober 2019: PSSCM sekali lagi menyertai pembentangan prosiding kertas kerja ilmiah dalam 9th International Conference on Local Knowledge (ICLK) anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) dengan membentangkan sebanyak 6 buah tajuk berkaitan Seni Silat Cekak Malaysia.
ICLK pada kali ini telah diadakan di Galeri Petronas Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) turut disertai oleh para pembentang dari pelbagai institusi pengajian tinggi dan orang perseorangan. Antara tajuk pembentang dari PSSCM adalah;
1. Parang Lading Senjata Asli Melayu: Sejarah, Pemilikan, Teknologi Pembuatan & Falsafah Persilatannya oleh Abdul Majid Ismail, Mohd Azuwan Maoinser & Sazali Hj Samsudin
2. Pembangunan Ketahanan Diri Di Kalangan Belia Melalui PSSCM oleh Nadhirah Mohd Rosdi, Abdul Hazim Abdullah & Mohd Azuwan Maoinser.
3. Memartabatkan Budaya Pusaka Warisan Melayu: Matlamat Perjuangan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia oleh Ariffin Haron, Mohd Saiful Aizan Mohd Shafie, Nur Hidayah Sazali & Haron Din.
4. Peranan & Sumbangan Ahli Wanita Dalam Pembangunan Kelestarian Perjuangan Seni Silat Cekak Malaysia: Kajian Kes PSSCM Cawangan Pulau Pinang Dan PSSCM Cawangan Seberang Perai oleh Hazrina Yusof Hamdani, Abdul Hafiz Ab Majid, Nur Karimah Kaswan, Nurhazirah, Syazwani Zawawi, Zainatul Zafirah Mahadi, Zulaika Abdul Razak & Ab Majid Ismail.
5. Sumbangan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Dalam Pembangunan Komuniti Pesilat Di Malaysia Era 1976 - 1986 oleh Shukri Janudin.
6. Pendekatan Memberi Bukan Meminta Dalam Berpersatuan: Kajian Kes PSSCM oleh Mohd Miqdad Aswad Ahmad, Abdul Majid Ismail & Engku Ahmad Zaki Engku Alwi.
Pembentangan kali ini mencipta sejarah tersendiri apabila PSSCM menghantar 6 buah kertas kerja iaitu terbanyak dalam sejarah penyertaan PSSCM dalam ICLK. Bahan-bahan ilmiah ini akan menjadi rujukan kepada rakyat Malaysia khususnya kepada para peminat seni silat Melayu untuk mengetahui dan mengkaji sejarah, keistimewaan, sumbangan dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh PSSCM dalam memartabatkan ilmu persilatan Melayu khususnya Seni Silat Cekak Malaysia di negara ini.
YMDGU turut hadir memberi sokongan kepada para peserta PSSCM semasa pembentangan ICLK ini |
Usaha yang dilakukan oleh PSSCM ini bersesuaian dengan matlamat PSSCM iaitu menjadikan ilmu Silat Cekak sebagai Silat Akademik. Insya Allah bertemu lagi di ICLK tahun hadapan.
#silatcekak #silatmelayu #usm #55tahunsilatcekak GALERI PETRONAS
https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-malaysia/20191005/282634624361038
Disediakan oleh;
Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2019
No comments:
Post a Comment