Sabtu, 28 September 2019. Merbok, Kedah: Sebuah pembentangan kertas kerja berkaitan sejarah Silat Cekak bertajuk; "Tokoh Pahlawan Kedah; Dato’ Seri Paduka Raja Laksamana Wan Ismail serta Perkaitannya dengan Panglima Ismail dan Panglima Tok Rashid; Panglima pembawa Silat Cekak Dalam Persejarahan Negeri Kedah Sepanjang 1800 – 1925" berjaya dibentangkan dalam prosiding International Conference on Sustainability Issues in Social, Business, Information and Technology (i-Cosbit) 2019. Seminar ini telah diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Merbuk, Kedah.
Kertas kerja ini cuba merungkai riwayat asal usul dan perjalanan Panglima Ismail dan Panglima Tok Rashid dalam sejarah negeri Kedah Darul Aman bermula dari tahun 1800an sehingga 1925. Ia merangkumi penglibatan Panglima Ismail sebagai seorang pembesar kanan istana iaitu sebagai Laksamana bergelar Dato' Seri Paduka Raja Laksamana Wan Ismail bin Wan Muhammad Long di zaman Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah ketika tercetusnya Perang Musuh Bisik tahun 1821 hingga ke akhir hayatnya pada tahun 1897.
Turut diriwayatkan penglibatan Panglima Tok Rashid atau Abdul Rashid bin Awang Lahat sebagai Panglima Mukim yang berkhidmat di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid Shah dan Perdana Menteri Kedah; Dato' Wan Muhammad Saman bin Wan Ismail serta penglibatannya dalam pembinaan projek terusan di Yan, Kedah.
Antara objektif utama pembentangan kertas kerja ini adalah bertujuan agar masyarakat di Malaysia mengetahui nasab dan sanad perjalanan sejarah salah seorang tokoh pahlawan negeri Kedah yang berperanan besar mempertahankan kedaulatan negeri serta institusi kesultanan Melayu Kedah pada awal abad ke 19.
Penulisan ini juga bertujuan memenuhi matlamat menjadikan ilmu Silat Cekak sebagai sebuah ilmu persilatan yang boleh dikaji dan dibuktikan secara akademik dan saintifik dalam memenuhi visi Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad; pengasas Silat Cekak yang ingin merealisasikan Silat Cekak sebagai Silat Akademik. Secara tidak langsung juga ia akan membuktikan bahawa ilmu dan sejarah Silat Cekak ini adalah berasaskan kepada fakta, bukan sebuah dogengan atau mitos.
Kuala Sedaka, Yan berhadapan gugusan pulau Bidan, Telor, Songsong dan Bunting banyak menyimpan sejarah silam para pahlawan Melayu Kedah. |
Tanjung Jaga di daerah Merbuk menyimpan 1001 cerita getir perjuangan rakyat Kedah berjuang mempertahankan kedaulatan negeri dari penjajahan Sukhothai (1821 - 1842) |
Pembentangan kertas kerja ini dilakukan oleh Tuan Shukri bin Janudin dan Puan Zaimilah binti Yusoff dari PSSCM Kelas Latihan Putrajaya selaku penulis-penulis kertas kerja tersebut.
#silatcekak #Kedah #sejarahkedah
Rujuk juga;
http://psscmklputrajaya.blogspot.com/2019/02/silat-cekak-fakta-dan-sejarah-ringkas.html
#silatcekak #Kedah #sejarahkedah
Rujuk juga;
http://psscmklputrajaya.blogspot.com/2019/02/silat-cekak-fakta-dan-sejarah-ringkas.html
Disediakan oleh;
Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2019
No comments:
Post a Comment