Sabtu, 13 Oktober 2018: USIM - Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai hari ini mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya telah menganjurkan Kursus Kepimpinan PSSCM IPT Se Malaysia kali ke 7. Kursus ini dianjurkan oleh PSSCM Pusat dengan kerjasama dari PSSCM USIM dan PSSCM Negeri Sembilan.
Kursus ini diadakan selama 3 hari bermula pada 12 hingga 14 Oktober 2018 telah menghimpunkan lebih 300 orang pemimpin PSSCM dari lebih 40 buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta dari seluruh negara bertempat di Dewan Kuliah Pusat 3 kampus USIM.
Para peserta terdiri dari kalangan Jawatankuasa dan Exco Tertinggi PSSCM di peringkat IPT di samping barisan Tenaga-Tenaga Pengajar PSSCM yang terlibat aktif dan secara langsung dalam membangunkan komuniti mahasiswa dan kakitangan di pelbagai universiti tempatan menerusi kegiatan Silat Cekak.
YMDGU dalam ucapannya memuji barisan jawatankuasa penganjur kerana menjayakan program bersejarah ini meskipun menghadapi pelbagai kesukaran. Semangat ini menunjukkan bahawa ilmu Silat Cekak mengajar supaya para penuntutnya berani menempuhi cabaran dan sanggup berkorban. Setiap ahli juga mempunyai tanggungjawab dan amanah bagi melahirkan pemimpin yang hebat di masa hadapan. Selain itu, PSSCM turut berusaha menyuburkan nilai-nilai keilmuan dalam seni silat supaya dapat mengangkat martabat silat seperti mana pelancaran buku Silat Cekak Silat Akademik (SCSA) Jilid ketiga pada hari ini.

Beliau turut mengumumkan Seni Silat Cekak Malaysia akan diberikan taraf ko-kurikulum dengan dua unit akademik pada sesi tahun semester 2019 dan akan diletakkan di bawah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) USIM.
Prof Dato' Dr Roshada turut melancarkan buku Silat Cekak Silat Akademik (SCSA) Jilid ke 3 yang menghimpunkan sebanyak 10 buah makalah dan jurnal akademik berkaitan ilmu Seni Silat Cekak Malaysia yang telah dibentangkan di pelbagai kolokium, persidangan serta seminar tempatan dan antarabangsa sepanjang tahun 2016 -2018. Ia ditulis oleh seramai 21 orang penulis terdiri dari ahli PSSCM dan 2 pensyarah bukan ahli PSSCM.
Artikel-artikel di dalam buku-buku SCSA Jilid 3.0 ini akan menjadi rujukan utama kepada para pengkaji ilmu seni silat Melayu khususnya untuk mengenali ilmu Silat Seni Cekak dari pelbagai sudut seperti falsafah, nilai pendidikan, kerohanian, sahsiah, sejarah, kemasyarakatan, budaya, saintifik dan sebagainya. Rujukan tersebut juga berguna kepada para penuntut PSSCM yang akan mengambil ujian teori Ujian Sijil Rendah (USR) dan Sijil Menengah Akademik (SMA) selain para mahasiswa dan golongan akademik di peringkat universiti yang berminat mengkaji ilmu persilatan Melayu.
Sementara itu Program Kepimpinan PSSCM IPT Kebangsaan ini menampilkan seramai 4 orang penceramah yang akan membicarakan aspek pentadbiran, pengurusan kewangan, komunikasi berkesan dan integriti.
Program ini berakhir pada Ahad, 14 Oktober 2018 dengan masing-masing peserta diberikan sijil penyertaan. Semoga para pemimpin PSSCM di kalangan mahasiswa IPT ini mendapat pelbagai ilmu dan manfaat bagi membangunkan Seni Silat Cekak Malaysia di universiti masing-masing.
Tahniah buat penganjur, penceramah, fasilitator dan peserta yang terlibat. Terima kasih USIM atas sokongan terhadap PSSCM.
Foto-foto menarik;

Kredit Foto: Jabatan Penerangan PSSCM & krew Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya
#usim #student #negerisembilan #silatcekak
lihat juga: http://psscmklputrajaya.blogspot.com/2017/09/dua-pembentang-kertas-kerja-psscm.html
lihat juga: http://psscmklputrajaya.blogspot.com/2017/09/dua-pembentang-kertas-kerja-psscm.html
Disediakan oleh;
Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2018
No comments:
Post a Comment