Friday, 6 July 2018

Silat Cekak: PSSCM Putrajaya Memeriahkan Dua Program Aidil Fitri - Putrajaya & Keramat


Jumaat, 6 Julai 2018: Ahli-ahli PSSCM Putrajaya pada malam ini telah diundang untuk memeriahkan dua majlis Sambutan Aidil Fitri. Majlis tersebut diadakan di perkarangan parkir Blok 4D, Presint 9 Putrajaya tempat di mana PSSCM Putrajaya bertapak dan mengadakan kelas Silat Cekak di Putrajaya sejak tahun 2011.





Dalam masa yang sama juga telah berlangsung Program Aidil Fitri dan Majlis Perasmian Kelas Latihan Silat Cekak Malaysia di Lembah Keramat, Keramat AU, Selangor yang dirasmikan oleh YB Tuan Hj Saari bin Hj Sungip.


Kedua-dua majlis ini merupakan aktiviti kemasyarakatan yang telah disertai oleh PSSCM Putrajaya bersama komuniti setempat bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli PSSCM kelas-kelas Ibu Pejabat dengan penduduk setempat.

Majlis Aidil Fitri dan perasmian kelas Latihan Lembah Keramat oleh ADUN Hulu Kelang 

Demonstrasi Silat Cekak sempena perasmian Kelas Latihan PSSCM Lembah Keramat

Pelbagai juadah lazat dihidangkan hasil gotong royong penduduk dan juga warga PSSCM dengan sumbangan dari para pemimpin setempat.

Majlis Aidil Fitri anjuran Persatuan Kebajikan Penduduk (PERKEP) Blok 4D Fasa 4, Presint 9, Putrajaya



Ahli-ahli PSSCM Putrajaya bersama Pengerusi PERKEP Blok 4D, Presint 9 Putrajaya

Semoga majlis ini diberikan keberkatan oleh Allah swt dan imej yang baik kepada PSSCM serta pihak komuniti di dalam memartabatkan budaya bangsa dan agama.

PSSCM dan Komuniti Berpisah Tiada...

Disediakan oleh; 

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2018

No comments:

Post a Comment