Khamis, 26 Julai 2018...PUTRAJAYA: Kelas latihan PSSCM SMK Putrajaya Presint 9(2) berjalan seperti biasa. AlhamduLillah para pelajar masih giat belajar walaupun musim peperiksaan dah semakin hampir tiba.
Kelas latihan pada hari ini cukup istimewa kerana para penuntut telah dihidangkan dengan makanan tengahari hasil sumbangan dan infaq ahli-ahli PSSCM Putrajaya.
Terima kasih kepada para penyumbang. Semoga amal jariah diberkati Allah swt. Insya Allah PSSCM Putrajaya akan meneruskan tradisi ini untuk beramal dengan kerja-kerja sukarela dan kebajikan sepertimana dituntut agama dan diasuh oleh Guru - Guru Silat Cekak. Kita teruskan amalan mulia ini demi kemajuan ilmu persilatan Melayu ini.
Jangan lupa adik-adik minggu depan kita jumpa lagi.
Disediakan oleh;
Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2018.
No comments:
Post a Comment