Ahad, 15 Julai 2018: JANDA BAIK: PSSCM Putrajaya hari ini berjaya melaksanakan Program Santai Mandi Sungai Ramai-Ramai di Riverside Janda Baik yang disertai oleh 15 orang ahlinya.
Program ini turut dihadiri oleh Y. Bhg Encik Safran bin Ahmad; Ketua Pengurusan PSSCM Kelas Ibu Pejabat merangkap Naib Presiden II PSSCM dan Isteri; Puan Farima bt Hj Idon selaku Ketua Wanita Cekak Pusat (WCP).
 |
Group WCP Putrajaya |
Selain aktiviti mandi manda, aktiviti lain seperti memasak dan kembara ke dusun durian turut dilakukan. Aktiviti santai sebegini dirancang bagi mengeratkan ikatan kekeluargaan sesama ahli PSSCM Putrajaya selain merupakan program yang dapat mempelbagaikan aktiviti luar bukan berbentuk silat bagi PSSCM Putrajaya.
 |
Ketua Pengurusan Kelas-Kelas PSSCM Ibu Pejabat dan isteri turut hadir memeriahkan program |
 |
Acara lawan memasak |
 |
Bersila di atas air... |
 |
Tarzan... |
 |
Khemah turut didirikan |
 |
Durian penyeri program mandi-manda dan berkhemah |
 |
Gayut...gayat |
 |
Team WCP ...memasak juadah tengahari |
 |
Melawat dusun dan menikmati durian @Batu 9, Gombak. |
AlhamduLillah program ini telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua peserta yang beri komitment untuk menjayakan program ini. Yang tak sempat joint kali ni kita pergi lain kali...
Disediakan oleh;
Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2018