Hotel Raia, Alor Setar, 27 Disember 2025: PSSCM melakar sejarah di ambang tahun baru apabila DYTM Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al Aminul Karim Sultan Salehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Gemilang Sireh Pulang Ke Gagang yang dihadiri hampir 1,000 tetamu terdiri dari ahli PSSCM, wakil-wakil kerajaan Negeri dan para wartawan tempatan.
Buku terbitan khas 60 tahun PSSCM ini merupakan kompilasi 60 artikel terbaik yang pernah dihasilkan oleh para graduan, sarjana, pengkaji dan pengamal Seni Silat Cekak Malaysia. Buku ini merangkumi kajian-kajian akademik yang pernah dihasil dan dibentangkan di dalam pelbagai seminar dan konvensyen di dalam dan luar negara merangkumi aspek pendidikan, agama, teknologi, sejarah dan budaya.
Majlis makan malam ini diserikan dengan persembahan nasyid dari kumpulan Nikmatul Uzma, persembahan silat dan paling menarik persembahan lading yang mengujakan.
Daulat Tuanku...semoga PSSCM terus berkembang pesat di bawah naungan DYMM Tuanku Sultan Kedah, Penaung PSSCM & DYTM Tuanku Raja Muda Kedah, Timbalan Penaung PSSCM.
Kredit Foto: FB PSSCM, FB Kedah Royal Family
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Strategi PSSCM KL Putrajaya @2025






No comments:
Post a Comment