Sunday, 12 May 2024

Majlis Makan Tengahari PSSCM sempena Mesyuarat Ahli Ibu Pejabat PSSCM 2024


Ahad, 12 Mei 2024: Dewan SM Setiabudi Gombak. PSSCM Ibu Pejabat telah mengadakan Majlis Jamuan makan tengahari sempena Mesyuarat Ahli Ibu Pejabat PSSCM 2024.

Majlis yang dirasmikan oleh YM Guru Utama dan Presiden PSSCM telah dihadiri oleh lebih dari 120 orang ahli Ibu Pejabat dan sekitar Lembah Kelang.

Wakil-wakil dari Kelas Latihan PSSCM Putrajaya turut hadir bersama dalam program ini.

Antara pengisian menarik adalah demonstrasi silat oleh kelas Tunas Cekak PSSCM Pusat Latihan Wangsa Maju dan demonstrasi Silat Cekak serta pemberian cenderamata.




YM Guru Utama dan Presiden turut memberikan kata-kata aluan yang memberikan semangat kepada para ahli supaya sentiasa bersama dan bersatu dalam menjayakan perjuangan PSSCM di seluruh negara.



AlhamduLillah majlis berjalan lancar dan diakhiri dengan nyanyian lagu Warisan Mutlak.

Selamat Bersidang 18-19 Mei 2024 nanti. Jumpa di Seremban.

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2024

Saturday, 11 May 2024

Kelas Tunas PSSCM Putrajaya 11 Mei 2024

 


Putrajaya, Sabtu, 11 Mei 2024: Hari ini seperti biasa kita ada kelas Tunas PSSCM. 

Kita buat jamuan sikit tanda meraikan hari raya yang dah lepas...

Syawal sebulan tapi merayakannya dua bulan...



Jom adik-adik kita turun kelas latihan, mahirkan dengan buah-buah Silat Cekak. 

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2024



Friday, 3 May 2024

PSSCM Putrajaya @ Kursus Pengurusan & Pemantapan Program TUNAS Cekak 2024, USIM


Sabtu, 4 Mei 2024. PSSCM Putrajaya telah menghantar seramai 8 orang wakil menghadiri Majlis Perasmian Kursus Pengurusan dan Pemantapan Program TUNAS Cekak Peringkat Kebangsaan 2024. Program ini dianjurkan oleh PSSCM dengan kerjasama Jawatankuasa Pro Team PSSCM Universiti Sains Islam Malaysia (PSSCM USIM) Negeri Sembilan. 

Program seharian ini disertai kira-kira 250 orang peserta bertempat di Dewan Auditorium, Fakulti Perubatan Sains Kegunaan (FPSK) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan. 


Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hassan; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut memberi ucaptama adalah Y.Bhg Profesor Dato' Dr  Adnan Mohamed Yusof; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) USIM serta YM Guru Utama dan Presiden PSSCM. 

Kursus ini disampaikan oleh Encik Muhammad Ghaznawi bin Zulkarnain dari Komuniti Pembangunan Ko-Kurikulum TUNAS Cekak PSSCM bersama dua orang lagi penceramah jemputan PSSCM; Encik Wan Azhar bin Wan Salim (Bendahari Agong PSSCM) dan Encik Aimanihsan bin Ahmad Tajuddin (Jabatan Pendidikan Sekolah (PSSCM).




Objektif utama kursus ini adalah bagi merialisasikan hasrat YM Guru Utama dan Presiden PSSCM Datuk Hj. Maideen bin Kadir Shah melahirkan barisan tutor (jurulatih) untuk melatih dan mengembangkan program Tunas Cekak PSSCM di seluruh negara dengan modul yang seragam.





#TUNASCekak #USIM #SilatCekak #PSSCM

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2024