Thursday, 22 February 2024

Silat Cekak @ Festival Restu Global Quranic Arts 2024



Jumaat, 23 Februari 2024 Putrajaya: PSSCM akan berada Festival Restu Global Quranic Arts yang akan diadakan di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14 Putrajaya selama 10 hari dari tarikh 23 Februari hingga 3 Mac 2024 dengan tema: 'Gaya Hidup Islami'. 

Pelbagai acara program akan diadakan termasuk dari PSSCM yang mengadakan persembahan demonstrasi Seni Silat Cekak Malaysia dan demonstrasi silat oleh Tunas Cekak Malaysia. Para pengunjung juga akan dihiburkan dengan alunan Selawat, Berzanji, Marhaban & Qasidah dari Kumpulan An Niโ€™matul Uzma. 


Para penonton juga akan menyaksikan pembinaan manuskrip al-Qurโ€™an Mushaf Malaysia dan pelbagai penghasilan seni berteraskan al-Quran dan Sunnah seperti hiasan dalaman Islamik, kaligrafi, kraf tangan dan lain-lain.

Ayuh kita hadiri festival ini. Bawa bersama seisi keluarga dan anak-anak kunjungi booth PSSCM. 




Penganjur utama festival ini Yayasan Restu yang merupakan pelopor terulung pemakmuran al-Quran dan kesenian Islam di Malaysia menyatakan pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung sepanjang festival berlangsung termasuk pameran Jubah melambangkan saiz Nabi Adam AS. 

Selain itu terdapat banyak pengisian program seperti pameran hiasan dalaman rumah Islam, Artifak Rasulullah SAW, koleksi replika pedang para Sahabat RA serta peninggalan yang lain. 

Paling menarik, pengunjung berpeluang untuk turun ke lantai kilang dan melihat proses percetakan secara lebih dekat.

Majlis ini akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 24 Februari 2024.



#silatmelayu  #silatcekaksilatakademik  #senisilatcekakmalaysia #sememangnyaori #silatcekak #malaysiamadani #putrajaya

#YayasanRestu  #NasyrulQuran #RestuGQAF #QuranLife #QuranicArtsFestival #FestivalSeniAlQuranTerbesar

https://www.facebook.com/yayasanrestu/

Disediakan oleh;

PSSCM Putrajaya @2024

Saturday, 17 February 2024

Sesi Pembentangan Akhir Disertasi Sijil Menengah Akademik (SMA) PSSCM 2024


๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ ๐Ÿ๐Ÿ• ๐…๐ž๐› ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’: ๐๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐๐ฅ๐จ๐ค ๐Ÿ๐Ÿ, ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐“๐ž๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐๐ž๐ญ๐ซ๐จ๐ง๐š๐ฌ (๐”๐“๐) ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐ฌ๐ค๐š๐ง๐๐š๐ซ, ๐๐ž๐ซ๐š๐ค.  Seramai 84 orang telah hadir menjayakan ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ง๐ญ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐€๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐Š๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข๐ค (๐’๐Œ๐€). Para peserta yang hadir terdiri daripada  67 orang peserta SMA, 11 orang Penyelia SMA, Jurulatih /JKKU seramai 6 orang.  

Peserta dari PSSCM Kelas Latihan Putrajaya turut menyertai sesi pembentangan ini. 

Sebanyak 15 kumpulan kajian telah selesai membentangkan 15 tajuk disertasi melalui kaedah pembentangan slaid. 

Pembentangan setiap kumpulan berjalan serentak di 5 bilik "learning hub UTP" dan dinilai oleh 2 orang Panel Penilai bagi setiap kumpulan. 



Setiap pembentangan dinilai pemarkahan oleh Panel Penilai (Penyelia Kajian) disamping komen membina daripada Penyelia untuk menyiapkan penulisan penuh buku disertasi nanti. 

Turut hadir ialah Dr. Mastor bin Surat selaku Penyelaras Kajian. 

Terima kasih juga kepada ahli-ahli dan AJK PSSCM UTP yang diketuai sendiri oleh Dr. Azuwan Maoinser selaku Penasihat/Penyelia untuk memastikan segala kemudahan disediakan dan kelancaran program tersebut. 

Program bermula jam 9.00 pagi ini berakhir pada jam 6.00 petang. Para peserta amat teruja dengan lokasi dan sesi pembentangan yang menarik meskipun mendebarkan. Namun tahniah semua peserta telah menunjukkan persembahan yang baik. 


Tajuk kajian pun semua power-power disertai dengan pembentangan oleh kalangan mereka yang hebat...dah macam viva la plak. Lepas ni para peserta bersedia pula untuk majlis Konvokesyen PSSCM. Fuh...!!!


Wah hebatkan nilai akademik dalam PSSCM.... Ini adalah jihad dan wakaf ilmu yang ditekankan dalam PSSCM bagi memartabatkan nilai ilmu silat dan merealisasikan Silat Cekak Silat Akademik yang digagaskan oleh Pengasas PSSCM; Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad dan diteruskan oleh Guru-Guru seterusnya hingga kini.

Berita ini turut disiarkan di dalam Facebook PSSCM pada 19 Februari 2024.

https://www.facebook.com/photo/?fbid=950762149746049&set=pcb.950763009745963

Disediakan oleh;

Unit Komunikasi Strategik PSSCM Putrajaya@2024

#silatcekak #silatcekakmalaysia #putrajaya #silatmelayu #UTP carrier@UTP #sememangnyaori #perak

Wednesday, 7 February 2024

Salam Israk Mikraj 2024 dari PSSCM


Salam Israk Mikraj buat semua muslimin dan muslimat. Hayati dan amalkan sirah Rasulullah s.a.w.