Tuesday, 31 December 2024

Selamat Tahun Baharu 2025 dari PSSCM

 


Selamat tinggal 2024 dan Selamat Tahun Baharu 2025 dari PSSCM.

Tahun 2015 bermakna 15 Tahun PSSCM bertapak di Putrajaya bersama Ulangtahun ke 60 tahun PSSCM. Ayuh tekad semangat memartabatkan ilmu persilatan Melayu.

Kredit Poster: Jabatan Penerangan PSSCM 

Disediakan oleh:

PSSCM Kelas Latihan Putrajaya@2024


Saturday, 28 December 2024

Sambutan Jubli Intan 60 Tahun PSSCM meriah

 


Seremban, Negeri Sembilan 28 Disember 2024. PSSCM hari ini telah mengadakan Sambutan Jubli Intan 60 Tahun membawa tema Silat Tunggak Jati Diri Bangsa



Majlis gilang gemilang ini dihadiri lebih 1,000 ahli bersama keluarga turut dapat disiarkan secara langsung melalui aplikasi Youtube:

https://www.youtube.com/live/_9cchjXDRTA?si=y8gySJdmQbm3pnbS.





Terdapat empat segmen sambutan iaitu;

i.   Acara selawat, berzanji, qasidah dan doa kesyukuran

ii.  Perasmian Kompleks Silat Datuk Haji Maideen (KSDHM)

iii. Penghargaan Istimewa Anugerah Jubli Emas 50 Tahun kepada YM Datuk Guru Utama dan Presiden PSSCM.

iv. Ceramah oleh YBhg. Ustaz Muhammad bin Abdullah Al Amin bertajuk; "Sejarah Islam Nusantara ke Arah Memperkasakan jati Diri Anak Bangsa".




Antara yang istimewa adalah persembahan skuad demonstrasi dan parang lading oleh ahli-ahli lama PSSCM yang mendapat sambutan hangat para penonton.







Program ini begitu bermakna dan merupakan pencapaian dalam perjuangan selama 6 dekad PSSCM di negara ini apabila hasil dari sumbangan wakaf para ahli telah berjaya membangunkan sebuah kompleks silat bagi mengantikan dewan sedia ada.
 







Tahniah PSSCM

Selamat Menyambut Ulangtahun ke 60 Tahun

Hidup Cekak!!!


Kredit gambar: Jabatan Penerangan PSSCM 

https://www.facebook.com/share/p/kyDv9woCb7PBq1Qu/

Disediakan oleh;

Unit Media dan Komunikasi Strategik PSSCM KL Putrajaya @2024









Saturday, 9 November 2024

Simposium Silat Cekak Silat Akademik 2025


Sabtu, 9 November 2024: Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (PSSCMUKM) dengan kerjasama Wanita Cekak PSSCM (WCP) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya menganjurkan Simposium Silat Cekak Silat Akademik 2024 (SCSA 2024) dan Majlis Makan Malam Penutup Simposium & Pra-Pelancaran Perayaan 50 Tahun PSSCMUKM (1976-2026).



Program ini diadakan di Auditorium Teknologi Multimedia Fusion Akademia Siber Teknopolis, UKM Bangi ini telah dihadiri seramai 300 orang ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) yang terdiri daripada Guru Utama dan Presiden PSSCM iaitu YM Datuk Haji Maideen b Kadir Shah, barisan Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT), AJK Pusat, Ahli Kelas Latihan Universiti dan Kelas Latihan Awam di seluruh negara termasuk ahli yang hadir dari Singapura, Indonesia dan Australia.






SSCSA 2024 ini bertujuan menyediakan platform penulisan akademik kepada ahli-ahli PSSCM bersama para penyelidik dan ahli akademik. Ia juga bertujuan membuka ruang dan jaringan penulisan akademik Seni Silat Cekak Malaysia ke peringkat antarabangsa. 

Dengan menggunakan tema "Silat Cekak: Memperkasa Warisan, Mengukuh Jati Diri Dalam Era Globalisasi" diharapkan memberi impak kepada pembangunan jati diri para ahli PSSCM seiring dengan tema perayaan 60 tahun PSSCM iaitu "Silat Tunggak Jati Diri Bangsa".

Pembentangan Kertas Kerja 

Seramai 5 orang pembentang yang terpilih iaitu:

1. En. Shukri bin Janudin - Etimologi Asal Usul Parang Lading: Senjata Asli Melayu Kedah dan Senjata Rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM)

2. Dr. Muhammad Afiq bin Khairil Anuar - Kesejahteraan Mental dalam kalangan pengamal Silat Cekak: Peranan Faktor Sosiodemografi dan Aktiviti Latihan

3. Prof. Madya Ts. Dr. Abdul Hafiz bin Ab Majid - Elemen H.E.B.A.T dalam Kurikulum Silat Cekak Malaysia di Universiti Sains Malaysia: Perjalanan 50 Tahun

4. Dr. Wan Norsyakila binti Wan Kamarudin - Peranan Wanita Cekak PSSCM dalam Pembentukan Keluarga dan Masyarakat Madani: Meneladani Kebijaksanaan dan Kepimpinan Saidatina Khadijah binti Khuwailid

5. Tn. Hj. Mohd Zaini bin Marzuki - Krisis Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia 1993: Satu Kajian Terhadap Punca dan Kesan kepada Pentadbiran dan Tata Urus (Corporate Governence) Berpersatuan

Pembentangan yang menarik ini telah mendapat reaksi positif daripada para penonton yang hadir. 






Majlis Perasmian SCSA2024

Majlis disempurnakan oleh YBhg. Dato' Mohd Khalis bin Abdul Rahim, Group Chief Human Capital Officer (GCHCO) of Malaysia Aviation Group. Beliau juga merupakan ahli aktif Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Majlis Perasmian ini juga diserikan oleh persembahan Demonstrasi Silat dari ahli-ahli di sekitar Lembah Klang iaitu Silat Tari, persembahan Demonstrasi Tunas & persembahan Demonstrasi Bermuzik oleh ahli tamat lelaki. Selain itu, tayangan Montaj Pengenalan Simposium SCSA juga telah dipertontonkan. 

Sesi Soal Jawab

Disebelah petang pula, sesi Soal Jawab diadakan bersama kesemua 5 pembentang, yang dikendalikan oleh Ir. Dr. Mohd Azuwan bin Maoinser selaku moderator. Beliau juga merupakan Pengerusi Jabatan RND PSSCM dan juga Penasihat Program Simposium SCSA2024 ini. Terdapat 3 sesi dalam sesi soal jawab ini. Dihujung sesi soal jawab, sesi penggulungan telah disempurnakan dengan ucapan daripada YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah sekaligus menyampaikan  amanat ringkas buat ahli-ahli yang hadir. 


Majlis Makan Malam Penutup

Pada sebelah malam, program diteruskan dengan Majlis Makan Malam Penutup Simposium SCSA dan Pra-Pelancaran Perayaan 50 tahun PSSCMUKM (1976-2026) bertempat di Dewan Sutera, Kolej Ibu Zain, UKM.




Majlis ini telah dihadiri oleh 320 orang ahli PSSCM yang terdiri daripada alumni PSSCMUKM secara khususnya dan ahli PSSCM seluruh negara secara amnya. Di dalam majlis makan malam ini juga telah diumumkan Pembentang Terbaik iaitu Tn. Hj. Mohd Zaini bin Marzuki yang membentangkan kertas kerja bertajuk; Krisis Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia 1993: Satu Kajian Terhadap Punca dan Kesan kepada Pentadbiran dan Tata Urus (Corporate Governence) Berpersatuan. Majlis ini telah dirasmikan oleh YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden PSSCM.




Pelbagai persembahan menarik telah dipertontonkan antaranya Persembahan Qasidah dari kumpulan Anni’matul Uzma, Persembahan Demostrasi PSSCM, Montaj Penutup Simposium, Montaj Khas sempena 50 tahun PSSCMUKM dan Gimik Pra-Pelancaran Perayaan 50 tahun PSSCMUKM. 

Terima kasih buat semua ahli yang telah terlibat, hadir dan menyokong program ini.

Kredit Foto: Jabatan Penerangan PSSCM

Disediakan oleh:

Unit Media dan Komunikasi Strategik PSSCM Putrajaya @2024









Tuesday, 5 November 2024

Promo Simposium Silat Cekak Silat Akademik 2024

 


Jawatankuasa Wanita Cekak PSSCM (WCP) Kebangsaan dengan bangganya akan menganjurkan Simposium Silat Cekak Silat Akademik 2024 dan Majlis Makan Malam penutup Simposium dan Pelancaran Perayaan Jubli Emas PSSCMUKM pada Sabtu, 9 November 2024 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor



Program yang julung-julung kali diadakan inspirasi dari hasrat Pengasas, Guru Utama dan Presiden PSSCM Almarhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad kini direalisasikan sebagai tanda dan usaha memartabatkan nilai keilmuan dalam seni silat Melayu di Malaysia.

Seramai lima orang pembentang profesional terdiri dari kalangan ahli PSSCM telah dipilih untuk menyampaikan hasil kajian dan kertas kerja ilmiah mereka.



Jangan ketinggalan acara yang berpretij ini...jom kita!


Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM KL Putrajaya @ 2024
  


Sunday, 20 October 2024

Tahlil Almarhum YM Tuan Haji Ishak bin Itam, Peringkat Kebangsaan 2024/1445H


Bangunan Silat Cekak Kuala Lumpur, Isnin 21 Oktober 2024 / 18 Zulhijjah 1446H

PSSCM telah menganjurkan Majlis Tahlil buat Almarhum YM Tuan Haji Ishak bin Itam  secara hibrid sebagai mengenang jasa dan pengorbanan Almarhum YM Tuan Haji Ishak bin Itam yang telah memimpin Silat Cekak selama 23 tahun. 


Seramai hampir 900 orang ahli PSSCM telah berkumpul dalam majlis yang diadakan setiap tahun ini. 


Turut diadakan sesi perkongsian pengalaman bersama Almarhum YM Tuan Haji Ishak bin Itam oleh Encik Safaran bin Haji Ahmad, Naib Presiden 2 dan Ahli LPT PSSCM. Banyak kisah yang telah disampaikan untuk kenangan buat generasi lama dan rujukan buat generasi baru PSSCM. 



Seterusnya majlis diakhiri dengan Ucapan Penutup oleh YM Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden PSSCM. 



Segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh Almarhum YM Tuan Haji Ishak bin Itam akan sentiasa terpahat dihati ahli-ahli PSSCM. Semoga roh Almarhum YM Tuan Haji Ishak bin Itam ditempatkan di kalangan para syuhada', orang-orang beriman dan orang-orang beramal soleh....Aamiin

Kredit foto: Jabatan Penerangan PSSCM 

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @2024


Saturday, 10 August 2024

KWD10 PSSCM @ UniSZA Terengganu meriah

 


9-10 Ogos 2024, UniSZA, Terengganu: PSSCM telah menganjurkan kejohanan sukan berprestijnya iaitu Kejohanan Wajadiri ke 10 (KWD 10). Bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kuala Terengganu.


Program ini diadakan setelah tertangguh selama 4 tahun sejak 2019 kerana bencana Covid 19. AlhamduLillah acara ini telah berjaya mencapai matlamat menyatukan para ahli PSSCM dengan program sukan dan rekreasi. 









Tahniah PSSCM Cawangan Terengganu dan PSSCM UniSZA atas kejayan penganjuran program ini. 

Acara ini turut mendapat sokongan dari pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar UniSZA dengan menyediakan pelbagai kemudahan lojistik;

https://www.buletintv3.my/sukan/1000-pesilat-bakal-beraksi-di-kejohanan-silat-psscm-kali-ke-10/


Maklumat berkaitan #KWD10 ini boleh diperolehi menerusi facebook rasmi PSSCM.




Kredit Foto: 


KWD ke 11 bakal diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pada tahun 2026 sempena Perayaan Jubli Emas PSSCM USM. 

Keputusan KWD10 seperti berikut;


Terima kasih kepada para penaja KWD10 dan semua pihak yang terlibat;



Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM KL Putrajaya