Perkembangan Silat Cekak di Putrajaya bermula sejak pertengahan tahun 2010 apabila kelas PSSCM mula digerakkan melalui Kelab Sukan dan Rekreasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Presint 2 Putrajaya.
Seterusnya PSSCM berjaya membuka tempat latihan di Kuarters Penjawat Awam Presint 9 secara rasminya pada 25 Januari 2011 hasil kerjasama PSSCM dengan Persatuan Kebajikan Penduduk (PERKEP) Blok 4D, Presint 9 Putrajaya.
PSSCM Putrajaya merupakan badan pendiri kepada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Putrajaya sejak 22 Februari 2015.
Pada 20 April 2017 PSSCM juga berjaya membuka kelas petang bagi program 1 Sekolah 1 Silat di Sekolah Menengah Presint 9(2) Putrajaya namun ia terhenti ekoran kekurangan tenaga pengajar selain penularan wabak Covid 19 di seluruh negara yang menghalang sebarang program serta aktiviti pembelajaran di sekolah selama 2 tahun.
Pada 14 Januari 2023 PSSCM Putrajaya secara rasmi telah berjaya membuka kelas latihan bagi peringkat kanak-kanak dan remaja bertempat di Bilik Rekreasi Pusat Komuniti Presint 16.
Kini PSSCM Putrajaya telah mencapai usia 13 tahun Silat Cekak bertapak di Putrajaya. Pelbagai aktiviti persatuan berbentuk persilatan, kemasyarakatan, kesukanan dan rekreasi, kebudayaan, keilmuan serta keagamaan sentiasa dijalankan bagi merapatkan ukhwah dan silaturrahim di kalangan ahli PSSCM serta keluarga dan komuniti Putrajaya.
Semoga PSSCM Putrajaya terus maju jaya
Hidup Cekak!!!
Disediakan oleh;
Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya@2023
No comments:
Post a Comment