Saturday 8 October 2022

Salam Maulidur Rasul 2022/144H dari PSSCM


Ahad, 9 Oktober 2022. PSSCM telh menganjurkan sambutan maulidur Rasul 2022/ 1444H yang dijalankan secara hibrid.\Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 1000 orang yang telah berkumpul di Cawangan /pusat latihan masing-masing dan berhubung melalui aplikasi Zoom. 

Sambutan telah dimulakan dengan Alunan Selawat Tolaal Badru Alaina, diikuti alunan Selawat Badriyah, Bacaan AlQuran serta Bacaan Berzanji Marhaban dan Qasidah Burdah. Seterusnya peserta telah mendengar Ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Baba Rusli Bin Jamaudin, Mudir Madrasah Ad Dirasah As Salamiah, Merbok, Kedah. 

Majlis diakhiri dengan Ucapan Penutup oleh YM Datuk Haji Maideen Bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden PSSCM. 

Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan dimasa hadapan di dalam memupuk Kasih dan Rindu buat Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.

Kredit dan teaser Maulidur Rasul PSSCM dan foto berkaitan, sila layari

https://www.facebook.com/100003537660202/videos/pcb.5239431972851340/1238763633358726

https://www.facebook.com/cekakmalaysia/photos/pcb.5553070971442275/5553062318109807/







Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2022


No comments:

Post a Comment