Sabtu, 26 Mac 2022. PSSCM dengan kerjasama Muzium Kedah dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah bekerjasama mengadakan Karnival Seni Warisan D' Muzium selama 3 hari bertempat di Muzium Kedah, Alor Setar.
Pelbagai program menarik telah diadakan sepanjang karnival ini antaranya pameran, berselawat, demonstrasi silat, persembahan kebudayaan, jualan dan sebagainya yang dihadiri lebih 6,000 peserta dari seluruh negara. PSSCM Putrajaya turut menghantar delegasi bagi menjayakan program ini.
Tahniah diucapkan kepada semua pihak; agensi kerajaan, persatuan-persatuan kebudayaan negeri dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan program gilang gemilang ini.
link:
Disediakan oleh;
Unit Media PSSCM Putrajaya@2021
No comments:
Post a Comment