7 wasiat Raja-Raja Melayu ini merupakan perkara asas kenegaraan yang wajib diketahui oleh setiap warganegara Malaysia di negara ini. Sepertimana kata pepatah di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Wasiat ini telah dititah dan ditulis oleh 9 orang Raja-Raja Melayu semasa mereka menurunkan tandatangan persetujuan bagi pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.
Sebagai sebuah NGO Persilatan, PSSCM sentiasa mendokong aspirasi kerajaan bersama-sama memelihara perpaduan dan mempertahankan keselamatan negara. Ini sesuai dengan peranan Seni Silat Melayu sebagai Benteng Pertahanan ke 3 Negara yang diiktiraf pada tahun 2012 yang lalu.
Rundingan Pembentukkan Perlembagaan Persekutuan di antara Raja-Raja Melayu pada Ogos 1957 |
Wasiat tersebut melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai Pemerintah Tertinggi di negara ini. Keprihatinan dan keadilan yang mahu ditegakkan oleh Raja-Raja Melayu selaku pemimpin tertinggi di negara ini adalah untuk mempertahankan hak-hak Melayu dan Bumiputera tetapi dalam masa yang sama turut membela hak-hak kaum lain sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan.
Justeru wasiat ini perlu dipatuhi oleh semua rakyat yang menjadi warganegara atau mereka yang mendiami negara ini tanpa mempertikaikannya demi memastikan kestabilan dan keharmonian di negara ini.
9 orang Raja-Raja Melayu, berfoto tahun 1957 telah meletakkan asas bernegara untuk setiap warganegara. |
#Malaysia #silatcekak #SilatMelayu #melayu #UniversitiMalaya #KPT #parlimen #budaku #putrajaya #deminegara #rajamelayu #DaulatTuanku
Disediakan oleh;
Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2020
No comments:
Post a Comment