Tuesday, 15 September 2020

Jom Berbusana dan Bertanjak Sempena Hari Malaysia 2020

 


16 September 2020, Rabu. Jom kita berbusana sebagai usaha melestarikan budaya bangsa. Kepelbagaian dalam bertanjak dan berbusana melambangkan budaya Melayu itu kaya dengan kesenian dan falsafahnya.

Budaya bersendikan syarak, syarak bersendikan kitabullah, budaya melambangkan bangsa dan jati diri kita. Pesan Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad; Pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM);

Sains dan teknologi boleh dipelajari di mana-mana, tapi budaya tetap hak kita...


Kata-kata tersebut menunjukkan PSSCM amat menyanjung tinggi budaya bangsa dan menghargai warisan Melayu. Manakala di dalam serangkap pantun Cekak juga dinyatakan...


Lahirnya Cekak Kerana Kesedaran

Bukan Bermusuh Sebagai Tujuan

Untuk Mendaulat Seni Kebangsaan

Menyesuaikan Dengan Makna Kemerdekaan


Jadi ayuh kita semarakkan kempen bertanjak sempena Hari Malaysia tahun ini. Jangan malu...budaya kita hak kita.

#bangsabertanjak #silatcekak

Disediakan oleh 

Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2020

No comments:

Post a Comment