MALAYSIA RANKED NUMBER 1 FOR HAVING WORLD'S BEST HEALTHCARE CATEGORY IN 2019!
Benar, pengiktirafan ini diperolehi pada tahun 2019 sepertimana yang pernah dilaporkan oleh akhbar The Star bertarikh 7hb Februari 2019 seperti di pautan berikut:
Pengiktirafan ini kembali dilaporkan di dalam segmen Buletin Utama, semalam, bertarikh 8hb April 2020.
Walaupun pengiktirafan ini diterima pada tahun 2019, tetapi apa yang boleh kita saksikan sendiri KINI, bagaimana #kkm menguruskan, menangani serta mengawal selia wabak Covid19 ini,
Terbukti, KKM sememangnya layak menerima pengiktirafan ini!
"They walk the talk!".
Justeru, sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah memberikan sokongan kepada mereka. Jika tidak mampu bekerja bagaimana mereka bekerja, maka kita pastikan kita akur akan segala arahan yang dikeluarkan.
Dengan cara ini, kita mampu memutuskan rantaian wabak ini dan secara tidak langsung, kita telah menghulurkan bantuan yang sangat besar buat frontliner kita.
Semoga KKM boleh meneruskan konsistensi dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat.
Dan kita berharap agar wabak ini dapat segera dibendung, agar kita semua boleh menikmati kehidupan seperti biasa.
Syabas dan Tahniah buat warga KKM, dari kami, seluruh warga Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia!
No comments:
Post a Comment