22 Jun 2019, Sabtu: SEREMBAN. Program Sambutan Ulangtahun ke 55 PSSCM berlangsung meriah dengan kehadiran hampir 3,000 ahli PSSCM dan keluarga dari seluruh tanah air. Program bertemakan Memartabatkan Silat, Melestarikan Budaya ini diadakan dengan suasana Aidil Fitri yang masih disambut oleh umat Islam telah berjaya menghidupkan tradisi budaya dan adab keMelayuan yang menjadi teras kepada program-program persilatan dalam Seni Silat Cekak Malaysia.
Program dimulakan upacara Majlis Konvokesyen PSSCM kali ke 36 yang mana seramai 512 orang penuntut Silat Cekak dari seluruh tanah air berjaya menerima Sijil Rendah Seni Silat Cekak Malaysia dari jumlah tersebut seramai 79 orang menerima Sijil Kepujian SSCM dianugerahkan oleh YMDGU. Pada konvokesyen ini juga dua orang ahli PSSCM Putrajaya turut menerima Sijil Rendah PSSCM termasuk seorang penerima Sijil Kepujian SSCM.
Upacara Konvokesyen ini dilakukan sepertimana upacara konvokesyen di institusi-insitusi pengajian tinggi diserikan dengan penuh berseni adab dan adat keMelayuan. Maklumat lanjut sila layari;
https://www.youtube.com/watch?v=kwNJmOrPako&feature=youtu.be&fbclid=IwAR1sfg4fnXwwapdCq4fs6J5MmJRs-gelPBR9NbtiHYmik_1jkbPO5JPJ9bg
Pada sebelah tengaharinya telah diadakan Mesyuarat Agung Perwakilan (MAP) PSSCM kali ke 47. Dalam MAP kali ini telah diadakan Pemilihan bagi Jawatankuasa PSSCM bagi Sesi 2019 - 2022. Semasa program ini juga PSSCM telah melancarkan laman web PSSCM versi baru yang lebih interaktif dan infomatif.
Pada sebelah malamnya telah diadakan Sambutan Aidil Fitri Guru Utama dan Presiden PSSCM bersama ahli-ahli PSSCM dan keluarga yang dihadiri hampir 3,000 tetamu terdiri dari ahli PSSCM, keluarga dan penduduk setempat. Pelbagai juadah disediakan bagi meraikan para tetamu yang hadir. Sila layari: https://www.facebook.com/cekakmalaysia/videos/849989535356377/?t=4280
Dalam ucapan YMDGU telah menyentuh pentingnya permuafakatan dan persaudaraan di kalangan ahli-ahli PSSCM agar mereka dapat menjayakan hasrat PSSCM mendaulatkan seni silat Melayu ke peringkat lebih tinggi dan dihormati oleh masyarakat. PSSCM kini berjaya menjadi sebagai sebuah persatuan silat yang mampu menggerakkan ahlinya mendokong seni budaya tradisi orang Melayu melalui pelbagai aktiviti kebudayaan yang mendapat tempat di institusi-institusi pengajian tinggi.
Program Sambutan Aidil Fitri ini dilakukan secara gotong royong melibatkan ahli-ahli PSSCM yang telah menyediakan pelbagai juadah hasil air tangan sendiri bermula dari penyediaan bahan mentah sehingga ke proses memasak, menghidang dan membersihkannya. Ini merupakan sebahagian dari asuhan dan didikan PSSCM bagi menyemai semangat kerjasama dan kesukarelawan di kalangan ahli-ahlinya.
Hebat ...Pasukan Chef-Chef PSSCM yang menjadi tunjang hidangan makanan sepanjang program |
Tim Unit Istiadat dan Protokol PSSCM |
Memartabatkan Silat, Melestarikan Budaya
Foto-foto menarik
Air Jagung Klebang yang laku keras |
Panglima Istiadat PSSCM segak bergaya |
Suasana meriah Sambutan Aidil Fitri PSSCM ...ramainya |
Booth Pendaftaran Ahli Perwakilan PSSCM 2019 |
Srikandi PSSCM berfoto selepas membuat persembahan hebat |
Perwakilan PSSCM Pulau Pinang yang menghadiri Mesyuarat Perwakilan PSSCM 2019 |
Kredit foto: Ahli-ahli PSSCM dan Jabatan Penerangan PSSCM
Disediakan oleh;
Unit Media Strategik PSSCM Putrajaya @ 2019
No comments:
Post a Comment