18 September 2015...seramai 25 orang ahli PSSCM Putrajaya telah menghadiri raptai Perhimpunan Pesilat PESAKA Merdeka 2015 yang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Perhimpunan ini adalah bagi menzahir taat setia dan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada usaha penyatuan bangsa Melayu dan kepimpinan negara. Seramai lebih dari 15,000 pesilat telah berkumpul di dataran Merdeka seawal jam 4.00 petang dan jumlah terebut semakin bertambah kepada hampir 18,000 pada sebelah malamnya.
Perhimpunan ini telah mengumpulkan ahli-ahli silat dari pelbagai perguruan seni silat Melayu di bawah di bawah naungan badan induk Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Malaysia yang dipimpin oleh Datuk Seri Wira Ali bin Rostam dan Setiausaha PESAKA Senator Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin.
Raptai dimulakan dengan perbarisan beramai-ramai...terasa meremang melihat begitu ramai pesilat yang turun berlatih semuanya bersemangat. Apatah lagi PSSCM menghantar kontingen paling ramai sehingga menjadi lautan biru gelap di Dataran Merdeka.
Pasti hebat malam nanti dengan ketibaan para panglima dan tetamu negara...Ayuh pesilat kita mara mempertahankan kedaulatan agama, bangsa, negara dan Institusi Raja Berperlembagaan.
Foto-foto menarik;
Fuh hebat-hebat pesilat Cekak Malaysia ni...bersemangat!!!
Disediakan oleh;
Unit Media PSSCM Putrajaya @2015