Jumaat, 18 September 2015...YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan seni silat sebagai Seni Beladiri Rasmi Negara. Pengisyitiharan tersebut dilakukan di hadapan lebih 15,000 pesilat dan 2,000 tetamu yang hadir menyertai Perhimpunan Silat PESAKA Merdeka 2015 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Turut hadir adalah beberapa pemimpin PESAKA, seluruh negara dan pemimpin Melayu dari pelbagai NGO.
PSSCM Putrajaya turut menghantar kontigen memeriahkan perhimpunan mega tersebut yang turut dihadiri oleh para kontingen PSSCM dari seluruh negara seramai 3,000 orang. PSSCM diwakili oleh YMDGU dan barisan pemimpin PSSCM seluruh negara.
![]() |
Kontingen PSSCM Putrajaya akan merealisasikan impian membangunkan Silat Cekak Malaysia di Putrajaya |
![]() |
YMDGU bersalaman dengan YAB Perdana Menteri diperhatikan oleh YB Presiden PESAKA |
![]() |
Kontingen PSSCM Putrajaya segak bergaya |
Pengisytiharan tersebut merupakan permulaan bagi perkembangan seni silat secara lebih agresif di sektor-sektor awam dan pusat-pusat pendidikan negara di seluruh negara. Syabas dan terima kasih PM.
Video perhimpunan tersebut sila layari;