Sabtu, 1 Feb 2015...Satu Mesyuarat telah diadakan oleh PESAKA Malaysia di Bilik Persidangan Komuniti Presint 16 berhubungan penubuhan PESAKA Putrajaya.
PSSCM diwakili oleh YM Datuk Guru Utama dan Presiden; Datuk Haji Maideen Kadir Shah merangkap Ahli Dewan Perguruan PESAKA Kebangsaan. Turut hadir adalah Setiausaha PESAKA Kebangsaan; YB Senator Datuk Hj Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin serta barisan ahli-ahli badan perguruan silat di bawah PESAKA terdiri dari wakil Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM), Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) dan Pertubuhan Silat Seni Gayung Fatani Malaysia PSSGFM).
Di dalam mesyuarat tersebut, ahli-ahli majlis sebulat suara bersetuju melantik YB Senator Dato' Khairudin bin E.S Abdul Samad sebagai Presiden PESAKA Putrajaya
Mesyuarat turut mengambil maklum bahawa YMDGU PSSCM telah diberi ruang untuk memberi nasihat dan halatuju yang perlu dirangka di dalam menggerakkan PESAKA Putrajaya.
Di dalam amanatnya, YMDGU telah mengamanahkan tugas tersebut kepada Ketua Pengurusan PSSCM Putrajaya yang akan berperanan aktif membangunkan dan memajukan pembangunan Seni Silat Cekak Malaysia di samping aktiviti-aktiviti silat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini.