Saturday, 24 May 2025

Majlis Penerangan dan Demonstrasi Silat Cekak @ Presint 11, Putrajaya


Putrajaya, 24 Mei 2025: PSSCM KL Putrajaya telah berjaya mengadakan satu Majlis Penerangan dan Demostrasi Seni Silat Cekak Malaysia di Apartment PPAM Malinjau, Presint 11 Putrajaya.




Majlis ini diadakan atas jemputan dari Persatuan Penduduk Apartmen PPAM Melinjau, Presint 11, Putrajaya tersebut dimulakan dengan sesi penerangan berkaitan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM). Majlis seterusnya diteruskan dengan demonstrasi silat yang disertai gabungan penuntut lelaki dan wanita dewasa serta kelas Tunas yang terdiri dari remaja berumur 7 hingga 15 tahun. 




Pihak PSSCM telah diberi ruang untuk menjayakan aktiviti yang disertai oleh komuniti setempat sebagai sebuah inisiatif dari pihak Jawatankuasa Penduduk dalam mempelbagaikan program komuniti di apartmen mereka.




Pihak PSSCM KL Putrajaya mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan yang diberikan. 




Semoga hubungan dan kerjasama antara PSSCM - PPAM Melinjau terjalin mesra. Seni Silat Cekak Malaysia dan komuniti berpisah tiada...

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM KL Putrajaya@2025 





Saturday, 17 May 2025

Majlis Jamuan Makan Tengahari Sempena Mesyuarat Ahli Ibu Pejabat PSSCM 2025


Gombak, Sabtu, 17 Mei 2025: PSSCM telah menganjurkan Majlis Jamuan Makan Tengahari Sempena Mesyuarat Ahli Ibu Pejabat PSSCM bertempat di Dewan Sekolah Setiabudi, Gombak, Selangor. Seramai 224 orang ahli Ibu Pejabat telah menyertai program yang dirasmikan oleh YMDGU.




Pelbagai acara yang menarik turut diisi dalam program ini seperti demonstrasi silat Dewasa dan Kelas Tunas, nyanyian dari band PSSCM Putrajaya selain hidangan dan hadiah menarik menanti bagi para peserta bertuah. 

Majlis ini turut diadakan Mesyuarat Ahli Ibu Pejabat yang dirasmikan oleh YMDGU. Antara agenda utama adalah bagi memilih perwakilan dari Ibu Pejabat ke mesyuarat Agung Perwakilan PSSCM pada 28 Jun 2025 kelak.




Program ini berjaya mengumpulkan ahli-ahli PSSCM Cawangan ibu Pejabat yang terdiri kelas-kelas latihan dan pusat-pusat pengajian tinggi serta sekolah-sekolah sekitar Lembah Kelang.

Ini termasuk seramai 11 orang ahli PSSCM Putrajaya yang turut menjadi artis jemputan membuat persembahan band secara live. 



Insya Allah kita bertemu lagi di tahun hadapan.

Foto-foto menarik ihsan dari lensa Jabatan Penerangan PSSCM







Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM KL Putrajaya @ 2025. 





Friday, 16 May 2025

Selamat Hari Guru 2025 dari PSSCM Kelas Latihan Putrajaya


Taat ke guru membawa berkat 

Sedikit belajar banyak yang dapat

Jika menderhaka menjadi mudarat

Semua ilmu tiada yang lekat

Inilah serangkap pantun Silat Cekak yang dicipta oleh Almarhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad, Pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, pada tahun 1976 bagi mengambarkan kepentingan institusi perguruan yang perlu disanjung dan dihormati. 

Bersempena Hari Guru 2025 ini Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua Guru dan Pendidik di Malaysia terutamanya kepada yang dikasihi, YBhg. Datuk Haji Maideen b Kadir Shah, Guru Utama & Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

Guru Pemacu Reformasi Pendidikan adalah tema Hari Guru tahun 2025 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Guru bukan sekadar mengajar, tetapi guru juga membentuk akhlak penentu siapa kita hari ini.  Setiap ilmu yang dicurahkan adalah cahaya yang menerangi jalan hidup kita semua. Sebaik-baik guru adalah mereka yang berakhlak terpuji dan berjaya mendidik para penuntutnya menjadi insan yang mulia. Seperti mana serangkap pantun dari Khazanah Pantun Melayu Riau (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007) ada menyebut;

Ambillah kayu buat pondok

Pondok dapat tempat berhenti

Ambillah Guru adatnya elok

Elok beradat sifat terpuji

Semoga Allah membalas jasa Guru-Guru kita dengan keberkatan, kesihatan yang baik, dan kebahagiaan dunia akhirat.

Disediakan oleh;

Unit Media Strategik PSSCM KP Putrajaya @ 2025

Saturday, 10 May 2025

Ujian Sijil Menengah Anugerah Guru Utama PSSCM 2024/2025


Sabtu, 10 Mei 2025 bertempat di Kompleks Silat Datuk Haji Maideen, Seremban. Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) telah melaksanakan Ujian Sijil Menengah Anugerah Guru Utama PSSCM 2024/2025 dengan seramai  137 orang  calon dari seluruh Malaysia telah hadir bagi menduduki ujian ini yang dijalankan dalam dua sesi pagi dan petang bermula pada jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam.

Seramai 3 orang Tenaga Pengajar PSSCM Putrajaya turut menjalani ujian tersebut. 



Ujian ini dikendalikan oleh Ahli LPT PSSCM dengan seramai 88 Tenaga Pengajar dari seluruh negara telah hadir menjalankan tugas sebagai Ketua Ujian dan Tenaga  Penguji.




Majlis ini turut menerima suntikan semangat apabila dirasmikan oleh Guru Utama dan Presiden PSSCM, YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah.



Menurut YMDGU program ini akan menjadi medan penilaian kemahiran para calon, selain sebagai simbol kepada usaha berterusan PSSCM dalam mempertahan dan memperkasa warisan seni silat cekak di peringkat kebangsaan. Calon-calon yang berjaya lulus dijangka akan menerima sijil masing-masing dalam Istiadat Konvokesyen ke-39 pada 28 Jun 2025.



Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon serta semua pihak yang terlibat. Semoga memperoleh kejayaan.

Kredit foto: Jabatan Penerangan PSSCM 

Disediakan oleh:

Unit Media PSSCM KL Putrajaya