Saturday, 22 March 2025

Majlis Iftar PSSCM Kelas Latihan Putrajaya 2025

 


Sabtu, 22 Mac 2025: Syukur Alhamdulillah PSSCM Kelas Latihan Putrajaya sekali lagi telah berjaya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa 2025 dengan kehadiran lebih 40 peserta bersama kaum keluarga.


Pelbagai juadah disediakan oleh pihak penganjur berupa potluck

Penganjuran majlis tahunan ini bertujuan merapatkan hubungan ukhwah dan silaturahim dalam kalangan ahli PSSCM dan keluarga sempena keberkatan bulan suci ini. 




Pada tahun ini genaplah usia 15 tahun PSSCM bertapak di Putrajaya dan 60 tahun Silat Cekak.  

Insya Allah kita jumpa lagi dalam Iftar PSSCM 2026.





Salam Ramadhan dari kami semua...

Disediakan oleh:

Unit Media PSSCM Kelas Latihan Putrajaya@2025

Tuesday, 18 March 2025

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran 2025/1446H PSSCM

 


Selasa, 18 Mac 2025: PSSCM telah mengadakan program Sambutan Nuzul Al Quran Peringkat Kebangsaan 2025/1446H secara online Zoom Meeting.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari YBgh Tuan Haji Khaharuddin bin Abdul Rahman; Pengerusi Jabatan Bina Insan PSSCM diikuti ceramah Nuzul Quran oleh Y,Bhg Baba Rusli bin Jamaudin; Mudir Madrasah ad Dirasah Ad Diniah As Salamiah. Ucapan penutup kemudiannya disampaikan oleh YMDGU PSSCM.



Majlis berakhir jam 6.00 petang.



Program ini diikuti oleh seramai 300 orang ahli PSSCM seluruh negara termasuk penyertaan seramai 10 orang peserta dari PSSCM yang turut memeriahkan acara keilmuan ini.



Disediakan oleh:

PSSCM Kelas Latihan Putrajaya@2025

Friday, 7 March 2025

Program Bual Bicara Wanita, Keluarga dan Kerjaya PSSCM 2025


Sabtu, 8 Mac 2025.  Buat julung kalinya, Wanita Cekak PSSCM (WCP) mengadakan program berbentuk bual bicara serta diskusi secara online Microsoft Teams mengenai pengalaman, permasalahan, penyelesaian bagaimana untuk mengimbangi masa dan tenaga sebagai wanita bekerjaya, isteri, ibu dan juga ahli persatuan.

Program ini telah menjemput barisan ahli-ahli panel yang bukan calang-calang orangnya, antaranya;




Sesi bual bicara ini dilaksanakan oleh moderator;



Jadi, jom ler kita sambil-sambil beribadah di bulan Ramadhan mulia ini sertai sesi bual bicara ini secara ONLINE bersama seisi keluarga, pengisian eksklusif yang istimewa antaranya;

✨ Tip keseimbangan hidup, kerjaya & Persatuan

✨ Motivasi untuk menjadi isteri, ibu & pekerja cemerlang

✨ Perkongsian pengalaman berharga daripada panel-panel hebat!

Jom sama-sama kita saksikan Video Promosi yang telah disediakan oleh Unit Penerangan Wanita Cekak PSSCM;

https://www.facebook.com/cekakmalaysia/videos/1708531736748501?locale=ms_MY

https://www.facebook.com/photo?fbid=1190354242453504&set=a.809996130489319&locale=ms_MY



Jangan lepaskan peluang untuk mendengar perkongsian serta tips yang menarik daripada barisan Panelis yang hebat.





Foto dari: Jabatan Penerangan PSSCM

Disediakan oleh;

Unit Media PSSCM Kelas Latihan Putrajaya @2025

Saturday, 1 March 2025

Salam Ramadan al Mubarak 2025 dari PSSCM

 


Sukur AlhamduLillah...Ramadhan 2025 akan disambut pada Ahad, 2 Mac 2025. 

Semoga amal ibadah kita bertambah berkah dan diredhai di sisi Allah swt pada tahun ini.

Salam Ramadhan al Mubarak dari PSSCM dan PSSCM Kelas Latihan Putrajaya.

Ikuti ucapan perutusan sempena Ramadhan 2025 dari YM Datuk Haji Maideen Kadir Shah; Guru Utama dan presiden PSSCM di;

https://www.facebook.com/cekakmalaysia/videos/1566269637373491/?locale=ms_MY

https://www.facebook.com/share/v/1Bb7oGnGZW/

Disediakan oleh;

PSSCM Kelas Latihan Putrajaya@2025