Friday, 14 February 2025

Kunjungan Hormat Delegasi PSSCM KL Putrajaya ke Persatuan Penduduk PPAM Melinjau, Putrajaya

 


Putrajaya, Jumaat 14 Februari 2025: delegasi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) Putrajaya telah mengadakan kunjung hormat ke Persatuan Penduduk PPAM Melinjau, Presint 11, Putrajaya.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim serta membincangkan peluang kerjasama dalam memartabatkan seni silat serta aktiviti kemasyarakatan.


Terima kasih kepada pihak Persatuan Penduduk PPAM Melinjau atas sambutan mesra. Semoga hubungan yang terjalin ini terus kukuh dan memberi manfaat kepada komuniti.

Disediakan oleh:

PSSCM KL Putrajaya@2025

Monday, 10 February 2025

Bengkel Perancangan Strategik dan Pelan Tindakan PSSCM 2025-2028


Seremban, Ahad 9 Februari 2025: Bertempat di Kompleks Silat Datuk Haji Maideen, Seremban Negeri Sembilan. PSSCM telah mengadakan Bengkel Perancangan Strategik & Pelan Tindakan PSSCM 2025-2028 yang  dirasmikan oleh YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama & Presiden PSSCM. 


Penganjuran Bengkel ini menjadi platform bagi PSSCM dalam merangka pelbagai strategi dan pelan tindakan dalam suasana Sambutan Perayaan Jubli Intan 60 Tahun PSSCM. 



Seramai 78 orang ahli daripada 10 buah Jabatan, 3 Unit dan 1 Biro PSSCM terlibat dalam Bengkel dengan 80% penyertaan adalah terdiri daripada golongan belia PSSCM yang menjadikan persatuan ini bersifat progresif dalam melahirkan kepimpinan yang berwawasan hasil perancangan jangka panjang PSSCM sejak kepimpinan Guru-Guru Silat Cekak terdahulu.




Format bengkel telah menetapkan beberapa kriteria bagi setiap Jabatan, Unit dan Biro. Antaranya pemerkasaan bidang tugas, penilaian prosedur operasi standard, analisa SWOT dan pelan tindakan.



PSSCM Kelas Latihan Putrajaya turut menghantar beberapa orang wakil bagi menjayakan Bengkel ini.


Hasil percambahan idea-idea ini telah mengenalpasti langkah-langkah strategik khususnya untuk kelestarian PSSCM 100 tahun akan datang. 


Iltizam PSSCM adalah agar Seni Mempertahankan Diri khususnya Seni Silat dapat kekal menjadi wadah pembentukan masyarakat yang seimbang dari aspek jasmani dan rohani.

Kredit foto: Jabatan Penerangan PSSCM

Disediakan oleh:

PSSCM Putrajaya@2025 


Saturday, 8 February 2025

Penganjuran Kursus Sijil Menengah Akademik dan Sijil Menengah Anugerah Guru 2025 PSSCM



SABTU, 8 Februari 2025: PSSCM telah berjaya menganjurkan dua majlis utama di Kompleks Silat Datuk Haji Maideen, Seremban, Negeri Sembilan iaitu:

Majlis Perasmian Kursus Sijil Menengah Akademik  (SMA) 2025/2026(Siri Ke-6)  

Majlis Perasmian & Petua Sijil Menengah Anugerah Guru Utama (SMAGU) PSSCM



Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM). 



Majlis ini telah disertai oleh 241 orang tenaga pengajar dari kelas latihan seluruh Malaysia. Turut hadir adalah Ahli Lembaga Pelajaran & Tatatertib PSSCM, Ahli Jawatankuasa Pusat, serta Ketua-ketua Cawangan PSSCM.


Kehadiran bagi majlis:

• SMA mencatatkan jumlah 85 daripada 100 peserta yang dijadualkan hadir.

• SMAGU mencatatkan jumlah 136 daripada 141 peserta yang dijadualkan hadir.



Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua peserta SMA & SMAGU kali ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan menjadi pemangkin kecemerlangan dalam dunia persilatan.



Kredit Foto: Jabatan Penerangan PSSCM

Disediakan oleh;

PSSCM Putrajaya@2025